Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Wawa Zainal Kongsi Wajah Anak


Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut hari ini, aktres cantik yang juga isteri kepada pelakon, Aeril Zafrel iaitu Wawa Zainal hari ini telah berkongsi wajah permata hati mereka. Perkara tersebut dikongsi Wawa menerusi laman Instagram miliknya dengan status berbunyi;

"Menanti cahaya mata ini sedar. Menatap kami berdua. Rindu dengar tangisannya."

Untuk rekod, anak lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar ini telah dilahirkan pada 24 Ogos lalu di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.

Meski pun sebelum ini Wawa dan Aeril dihimpit kontroversi ekoran status perkahwinan mereka yang dirahsiakan, namun mereka telah menjelaskan segala persoalan tersebut menerusi sidang media yang diadakan baru-baru ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved