Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Sidang Media Aeril Zafrel dan Wawa Zainal


Sidang media(PC) khas yang dijanjikan oleh pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal berlangsung sekitar pukul 3 petang ini. Tentunya peminat Wawa dan Aeril begitu berdebar debar menantikan penjelasan mereka berdua ini berkenaan gosip perkahwinan secara diam diam yang disiarkan di BiPop Ahad lepas.

Aeril Zafrel dan Wawa yang akan turut serta pada petang ini akan membongkarkan kisah sebenar sama ada betul atau tidak mereka telah berkahwin secara diam diam, apa status sebenar hubungan  Aeril dan Wawa.
Benarkah ada pihak yang bermusuh dengan Aeril dan mahu menjatuhkan dia seperti yang dibayangkan oleh Aeril dan Wawa di twitter masing masing.
Semuanya bakal terlerai nanti.
Sidang media bermula lewat kerana Aeril terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Aeril dan Wawa Zainal mengaku bernikah dua kali.
Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.
Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.
Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aerial sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.

sumber : Mstar online
Kenapa Wawa dan Aeril berkahwin dua kali
“Sebenarnya kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut jalan yang betul. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah.
Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah.”

Gambar ini diambil pada Julai 2012, setelah mereka bergelar suami isteri pada Februari 2012.
Kisah Aeril dan Wawa akan disiarkan di TV9
Malam ni siaran mengenai sidang media Aeril dan Wawa Zainal juga akan disiarkan di tv9 dalam Galaksi.
Tarikh pernikahan Aeril dan Wawa tidaklah penting sangat, tetapi peminat hanya mahu tahu benarkah Aeril dan Wawa Zainal bernikah seperti yang didakwa. Selama ini ternyata Aeril dan Wawa bijak berdolak dalih dan menyembunyikan pernikahan senyap mereka yang pertama pada tahun 2012.
Kenyataan hanya teman biasa selalu menjadi ayat biasa dan lazim bagi artis memberikan komen untuk menyorok hubungan cinta mereka dari pengetahuan peminat.
Nama dah pelakon, memang lah pandai berlakon :) , kata Aeril dia hanya berkahwin dalam drama sahaja dalam penafian Aeril yang dulu di laporkan pihak media hiburan.
“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi & komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja.”
“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga,”
Seperkara lagi laporan  Bipop yang mengatakan Wawa sudah melahirkan anak juga benar.
David Teoh mesti gembira menyambut kepulangan artisnya Wawa Zainal bersama  anak yang baru lahir , dan mahu membentangkan karpet merah buat Wawa dalam nada berseloroh .
Kenapa ye Aeril dan Wawa ni nak sorok , kalau dah nikah patut seronok dan dah anak pun, Tahniahla pada Wawa dan Aeril kerana dah jadi ibu dan ayah. :)
Petikan dari Bipop
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved