Pelakon remaja Cha Cha Maembong tidak mahu digelar ‘playgirl’ hanya gara-gara dia sering digosipkan dengan beberapa artis lelaki sebelum ini.
“Asalkan saya keluar dengan artis lelaki saja mesti ada gosip. Sebenarnya kami berkawan-kawan. Saya takut dilabel playgirl. Tapi sebagai artis, memang kita tak dapat elak gosip-gosip tu. Pada saya, saya buat tak layan saja.
Semua artis ada cerita cinta mereka tapi gosip cinta saya tak benar”, katanya kepada Malaysian Digest.com yang turut menegaskan ketika ditemui pada sidang media telemovie khas sempena Aidiladha, Designer Didie Naik Haji bertempat di Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio Angkasapuri, semalam.
Pemilik nama sebenar Siti Aishah Maembong, 17, ini berkata demikian ketika mengulas mengenai dirinya sering dikaitkan dengan artis lelaki seperti pelakon Shah Iskandar dan terbaru penyanyi Iqwal Hafiz.
Mengenai hubungannya cintanya dengan pelakon Shah Iskandar, Cha Cha berkata dia tidak mempunyai hubungan istimewa malah sudah lama tidak berhubung dengan aktor kelahiran Singapura itu.
“Saya pernah jalani penggambaran Pengantin Lari dengan dia. Dan gosip tu timbul masa kami sedang shooting drama tu. Kadang-kadang lepas shooting tu kami keluar lepak minum beramai-ramai. Tapi sekarang ni dah habis shooting memang kami dah lama tak jumpa”, ujarnya. Sedang Kenal Hati Budi Iqwal
Sementara itu Cha Cha mengakui dia kini berkawan rapat dengan Iqwal Hafiz sepertimana yang digembar-gemburkan di internet. Menurut adik kepada Emma Maembong ini, dia mengenali Iqwal sejak beberapa bulan lalu menerusi sahabat baiknya.
“Saya baru kenal dia dan tak sampai setahun pun kami berkawan. Baru-baru ni dia bersama ayah dan ibunya ada melawat saya di hospital sewaktu saya jalani pembedahan apendiks bulan lalu.
“Sebenarnya kawan baik saya yang kenalkan saya pada dia. Sebab dia pun sebenarnya kawan kepada kawan baik saya tu. Tapi setakat ni kami tak pernah lagi keluar berdua. Kalau keluar, kami mesti bertiga iaitu dia, saya dan kawan baik saya.
“Apa yang boleh saya katakan, kami baru nak kenal hati budi masing-masing”, katanya yang bakal muncul menerusi telemovie Designer Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1. – Malaysian Digest
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment