Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Cara Jutawan Russia Melepaskan Diri Dari Jalan Sesak

Di Malaysia ini, sekiranya sesebuah kenderaan yang mahu mengelakkan dari kesesakkan, mereka akan melakukan pelbagai cara antaranya terus exit jalan susur keluar yang berdekatan. Tetapi cara yang kurang sopan adalah dengan memandu di bahagian lorong kecemasan. 

Ini banyak dilihat terutama di kawasan lebuhraya utara selatan. Banyak kenderaan yang cuba mengambil kesempatan dan menyebabkan kesesakan bertambah teruk. Tetapi di Russia, mereka menggunakan ambulan sebagai jalan keluar. Ha bagaimana tu?

Dengan sumber kewangan serta kuasa wang yang menjadi raja, jutawan-jutawan di Rusia menggunakan segala cara ‘kreatif’ yang ada untuk melepaskan diri dari jalan raya yang sesakseperti di bandaraya Moscow, Russia ini untuk bergerak ke sesuatu tempat dan pulang dengan mudah dan cepat.

Orang-orang kaya di Russia ini mempunyai satu cara unik untuk melepaskan diri dari kesesakan jalanraya yang teruk denganmenyewa teksi yang menyerupai sebuah ambulan untuk bergerak ke sesuatu tempat dengan cepat dengan bayaran yang agak mahal!

Cara haram teksi ambulan tersebut beroperasi mula kecoh selepas pihak polis mendapat laporan tentang kenderaan seperti ambulan yang mempunyai siren dengan hiasan dalaman mewah bergerak laju tetapi bukan membawa pesakit ke hospital sebaliknya membawa orang-orang kaya di Russia kemana-mana tempat yang dikehendaki serendah RM 320 per jam..! haha..

Hiasan dalaman ‘ambulan’ tersebut seperti sebuah limousin mewah dengan ‘seat’ selesa untuk mengangkut orang-orang kaya ujar seorang pegawai polis kepada harian Izvestiya.Di dalam ambulan tersebut tidak mempunyai anggota paramedik tetapi yang ada hanyalah beberapa orang yang menolak untuk ditanya identiti mereka ketika ditahan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved