Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

“Jika bersentuhan sedikit, ia masih boleh” – Fazura


Pelakon cantik jelita yang tidak dapat disangkal lagi, Fazura baru-baru ini berkata ada pihak yang salah faham mengenai pendiriannya untuk tidak beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama mahupun filem sehingga ada yang mempersoalkan gandingan terbarunya dengan pelakon Shaheizy Sam.

“Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.” Jelas Fazura.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 30 menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat bukanlah untuk tidak langsung bersentuhan dengan lelaki tetapi jika sekadar berpengangan tangan ia masih dibenarkan.



Berikutan pendirian menolak watak seksi dan ranjang itu juga, Fazura turut terkejut kerana timbul spekulasi kononnya dia hanya mahu menunjuk dirinya baik dan berniat untuk menyindir pelakon-pelakon lain.

“Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain.” Jelas Fazura lagi.

Fazura bakal muncul menerusi drama Kisah Cinta yang bergandingan dengan pelakon Shaheizy Sam mengakui seronok apabila dapat digandingkan bersama Sam kerana mereka memiliki keserasian apabila berlakon bersama.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved