Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Farid Kamil Tepis Dakwaan Kurung Diana Danielle dan 'Jual' Anak Kepada Astro


Mengkhabarkan isterinya Diana Danielle dan anak lelaki mereka kini telah pulang ke tanah air. Namun pengarah dan pelakon, Farid Kamil tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan khalayak menatap dua kelibat kedua-dua insan yang cukup istimewa kepada dirinnya itu. Lebih-lebih lagi wajah bayi mereka yang namanya pun, masih dirahsiakan.


Justeru timbul dakwaan kononnya Farid mengurung Diana dan anaknya demi menjaga nilai eksklusif kedua beranak itu sehinggalah berlangsungnya satu majlis khas kolaborasinya bersama stesen TV berbayar, Astro. 

Menjelaskan perkara sebenar, kata Farid, dia bukan mengurung Diana dan anaknya. Sebaliknya memberitahu Diana kini menjalani kehidupan yang cukup baik di kampung halamannya, di Alor Setar, Kedah.

"Bukan kurung. Saya tempatkan mereka di sebuah istana (rumah) yang indah bersama ibu dan ayah saya. Diana dan anak saya menjalai kehidupan normal, menikmati keseronokan hidup di kampung.

"Diana masih lagi dalam proses berpantang. Lucu juga melihatkan dia sekarang, rupanya macam mat salih yang dipaksa pakai kain batik",




'Jual' anak? Tidak. Saya sebenarnya dah fikirkan awal-awal lagi perkara ini. Sebab tu ada beberapa langkah berjaga-jaga yang akan di ambil.

"Walaupun saya dah kongsi dua keping gambar anak saya di Instagram, tapi nilai eksklusif anak saya masih ada. Lagipun persetujuan saya dengan pihak stesen tersebut berlaku selepas saya memuat naik gambar anak saya itu", katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved