Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Bekas vokalis kumpulan Terra Rossa dan XPDC iaitu Ali kemalangan !

Ali mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang dan terseliuh tangan kanan selepas terlibat dalam kemalangan di kawasan perumahannya pada 11 September lalu.


PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Terra Rossa dan XPDC iaitu Ali tetap meneruskan persembahan di Laman Santai, Istana Budaya (IB) pada malam Sabtu lalu walaupun tercedera akibat ditimpa kemalangan pada 11 September lalu.

Ali, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail ,44, berkata, walaupun telah dinasihatkan untuk berehat selama tiga minggu di rumah tetapi dia tetap bersemangat untuk meneruskan persembahan bersama beberapa lagi rakan artis seperti Aris Ariwatan, Zamani (Slam) dan Rahmat (Mega) kerana memenuhi janji.

"Alhamdulillah kemalangan itu bukannya serius dan tidak perlu rasanya untuk membatalkan persembahan tersebut kerana saya tidak mahu mengecewakan peminat.
“Tambahan pula acara itu telah dirancang sejak awal bersama rakan-rakan artis lain,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Ali berkata, dia terlanggar sebuah bonggol yang baru dibina di kawasan perumahannya ketika menunggang motosikal sehingga menyebabkannya terjatuh.
Ali terpaksa menggunakan kerusi semasa mengadakan persembahan di Laman Santai, Istana Budaya pada malam Sabtu lalu kerana tidak mampu berdiri lama kesan daripada kemalangan itu.

Kejadian itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada tulang belakang selain tangan kanannya terseliuh sehingga menyebabkan sukar bergerak.

"Atas sebab itu juga saya terpaksa menggunakan kerusi semasa mengadakan persembahan kerana tidak boleh berdiri lama akibat rasa sakit pada bahagian belakang badan. Bagaimanapun kecederaan itu tidak serius," ujarnya.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Ali berkata, dia terlanggar sebuah bonggol yang baru di bina di kawasan perumahannya ketika menunggang motosikal sehingga menyebabkan dia terjatuh di jalan raya.

Dalam perkembangan lain, Ali berkata, dia akan terus menerima undangan nyanyian walaupun diberi tempoh berehat kerana ingin mempromosikan album terbaharunya berjudul Maghfirah Mu yang kini sudah berada di pasaran.

Album yang memuatkan enam buah lagu itu menampilkan tema ketuhanan. Dia juga sudah lama mengidamkan untuk tampil dengan konsep sedemikian khas buat para peminatnya.
"Saya sudah puas menyanyi lagu-lagu rock dan ingin membuat sesuatu yang lain dan lebih bermakna dalam karier muzik saya. Bagaimanapun itu tidak bererti saya tidak lagi mahu mendendangkan lagu-lagu rock untuk peminat," jelasnya.

Ali berkata, peminat yang ingin mendapatkan album berkenaan boleh melayari laman Facebook miliknya ALI Maghfirah Mu Originaluntuk tempahan. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved