Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Pelakon drama terkenal tikam diri sendiri?

Pelakon drama terkenal tikam diri sendiri


















PELAKON utama, drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani 
penggambaran drama itu, semalam.

Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.

Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira 
jam 5 petang itu.

"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam 
tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan 
tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) 
selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," katanya.

Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan 
pada jam 3 pagi ini.

Menurut nya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum 
menjalani rawatan susulan.

Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved