Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Kereta Rasmi Kerajaan Malaysia Bukan Proton Lagi Tetapi Honda. Honda Accord 2.4L & 2.0L

Gambar Kereta Rasmi Kerajaan
Honda? Perghhhh….Ok. Honda! The Power of Dreamz. Desas desus pertukaran kereta rasmi yang bakal digunakan oleh pegawai tinggi kerajaan bertiup kencang sejak sebelum tempoh Pilihanraya Umum ke 13 lagi.

Dan akhirnya…… kerajaan Malaysia sebulat suara bersetuju dan mengumumkan secara rasmi melalui pekeliling yang dikeluarkan sendiri melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Malaysia, bahawa kereta Nasional yang menjadi “kebanggaan” rakyat Malaysia atas nama “patriotik” dan “cintakan negara” iaitu Proton Perdana Executive ditukar kepada model lain.
“Proton Inspira yang masih baru & masih dikeluarkan pun kena ganti juga”
Adakah kerajaan Malaysia memilih Proton Preve? Bukan! Model bagi kereta rasmi kerajaan bukan lagi di bawah logo Proton, tetapi Honda.
Honda apa? Honda Accord. Honda apa? Honda Accord. Honda apa? (Ok-ok cukup. Dah macam iklan raya pula ya.)

Pekeliling Kereta Rasmi Kerajaan Malaysia Proton Perdana & Proton Inspira Kepada Honda Accord

Gambar Honda Accord Kerajaan
Berita Semasa jangkakan kerajaan Malaysia akan memilih jenama Toyota memandangkan PNB ada saham besar dalam syarikat tersebut.
  • Honda Malaysia & Proton di bawah DRB Hicom
  • UMW Toyota milik PNB
  • Hyundai milik Sime Darby
Akhirnya jenama Honda menjadi pilihan kerajaan Malaysia. Yang penting kereta rasmi kerajaan pada masa akan datang mestilah berkualiti, ada “jenama” dan pencapaian lebih baik daripada model yang sebelumnya.

Kereta Rasmi Kerajaan Malaysia : Proton VS Honda?

Mengapa kerajaan Malaysia tidak memilih Proton yang menajdi kebanggaan rakyat Malaysia selama ini.
Sebenarnya, perkara ini boleh dijangka dijangka disebabkan Proton agak lambat sangat mengeluarka model-model baharu yang relevan. Strategi Proton lebih kepada untuk maksimumkan pendapatan daripada model-model yang ssdia ada sekarang.
Tetapi ini boleh dijangkakan disebabkan kos rekabentuk dan pengeluaran secara besar-besaran untuk model terbaru memang tinggi , dan itu sebablah dilihat sekarang Proton lebih bersifat “play safe”.
Walaubagaimanapun hakikatnya, Proton semakin kehilangan saiz pasaran yang dipegang selama ini atau potensi pasaran dengan kebanjiran kereta-kereta luar yang sememangnya lebih berkualiti pada harga yang semakin berpatutan disebabkan jumlah golongan yang berpendapatan serdahana semakin meningkat walaupun masih dibebankan dengan pelbagai cukai kereta di Malaysia.
Cuma berdasarkan statistik, pasaran di pertengahan rendah dan rendah sahaja yang banyak respon kepada produk Perodua & Proton. Dan kerajaan cuma respon berdasarkan situasi di atas. Honda Malaysia & proton milik DRB Hicom. Kiri kanan “masuk”. Apa respon balas anda pula?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved