Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Kertas Siasatan Kes Adi Putra Siap!


Kertas siasatan kes membabitkan pelakon popular tanah air kelahiran Singapura, Mohamed Hadi Putera Halim, 32, atau Adi Putra yang dikaitkan dengan penghantaran gambar lucah kepada isteri orang berusia 30 tahun akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, semua keterangan dan bahan bukti terutama hasil siasatan ke atas telefon bimbit milik Adi Putra serta wanita terbabit sudah lengkap. “Kami sudah menyiapkan kertas siasatan selepas menerima laporan penuh daripada makmal forensik berkaitan telefon bimbit milik kedua-duanya. 

“Kami akan menghantar kertas siasatan berkenaan ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat dan selepas itu, barulah diketahui sama ada dia (Adi Putra) boleh didakwa ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya, semalam. - Harian Metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved