Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

AARON AZIZ MASUK HOSPITAL LEHER SENGET




KASIHAN pula mendengar nasib yang menimpa pelakon terkenal, Aaron Aziz.

Melalui laporan Berita Harian hari ini, beliau telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kelmarin selepas mengadu sakit pada bahagian lehernya.

Aaron dilaporkan telah mengalami kesakitan sejak seminggu lalu, namun bertekad menahannya kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem.

Menurut isterinya, Diyana, dia membawa pelakon itu ke hospital untuk menjalani pemeriksaan apabila kesakitan itu menular sehingga ke bahagian tangan dan menyebabkan jari sebelah kirinya menjadi kebas.

“Hasil pemeriksaan, Aaron didapati mengidap penyakit ‘Cervical Facet Arthritis’ pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit,” jelas Diyana.

Kami doakan semoga Aaron cepat sembuh dan dapat memulakan aktiviti lakonannya seperti biasa.

Nasihat kami, walau sesibuk mana kita bekerja, kesihatan harus jadi perkara utama yang dititikberatkan dalam hidup.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved