Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Hukum Menggunakan Minyak Wangi Beralkohol

Minyak Wangi

Soalan: Adakah minyak wangi beralkohol najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yang beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang kata ia bukan najis. Yang mana satu yang betul?
(Suhaimi Mohd Yatim)

Jawapan : Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik jika diterangkan secara ringkas apa itu alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang dicampurkan dengan arak.

Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alkohol yang dihasilkan daripada biji-bijian ini yang dinamakan sebagai "alkohol Etil" atau "thanol". Sementara alkohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai "Methyl" atau Metanol. Alkohol Etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar juga mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.

Alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan haruman bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alkohol yang hanya mencampurkan sedikit airdan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati!

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol TIDAK NAJIS dan boleh digunakan untuk bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan  oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya'rawi dalam bukunya Anta Tas'al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alkohol tidak najis.

Tanda-Tanda Diri Diganggu Jin

Tanda-Tanda Diri Diganggu Jin
1. Terhalang untuk mengingati Allah dan untuk beribadat.
Disebut dalam Surah Al-Maaidah ayat 91 yang maksudnya:
“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” 


2. Dadanya terasa sesak dan hatinya terasa keras.
Allah berfirman dalam Surah Al-An’aam, ayat 43 yang maksudnya:
“Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.”

3. Membenci dan memusuhi orang di sekelilingnya.
Di dalam Surah Al-Maaidah ayat 91, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”

4. Sering lupa.
Syaitan sentiasa berusaha untuk menjadikan kita lupa terhadap sesuatu kebaikan. Di dalam Surah Yusuf ayat 42, Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: “Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu”. (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.”

5. Selesa menyendiri.
Syaitan selalu menyenangi perpecahan. Umar bin Al-Khathab RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Barangsiapa di antara kalian yang ingin mendapatkan wangi syurga, maka hendaklah ia selalu bersama jemaah, kerana sesungguhnya syaitan senang bersama orang yang sendirian dan ia akan lebih menjauh dari dua orang.” (Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi) 

6. Merasa tertekan atau wujud gangguan jiwa.
Syaitan juga membuat seseorang yang telah dirasukinya merasa tertekan. Hatinya selalu merasakan keraguan di dalam ibadatnya, kepercayaannya terhadap Allah, hilang keyakinan diri, kecewa dengan kehidupannya dan lain-lain lagi. Dalam Surah Al-An’am ayat 71, Allah SAW berfirman maksudnya:
Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): “Marilah bersama-sama kami. “Katakanlah:

“Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.


7. Rasa takut yang luar biasa.
Orang yang telah terpengaruh dengan syaitan selalu mempunyai rasa takut yang luar biasa. Mereka mudah merasakan ketakutan sehinggakan kadangkala mereka tidak tahu apa yang ditakuti itu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran ayat 175 yang bermaksud:
“Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.” 
Lihat juga petanda-patanda yang lain:


TANDA-TANDA KETIKA JAGA
Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab
Suara berubah ketika marah
* Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan. Adakala ia menggigit lidahnya
Berjalan terhoyong-hayang
* Cara makan yang menjijikkan
* Berpaling daripada membaca Al-Quran, tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al-Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian
* Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za’faran
* Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
* Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya
* Lupa atau sakit kepala ketika solat
* Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu
* Malas dan lemah badan (tanpa sebab)
* Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak
* Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab
* Selalu bermimpi
* Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan-bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, didapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya
* Sedih tanpa sebab atau alasan yang remeh
* Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaan terhadap orang lain
* Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti
Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid
* Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat
Perjalanan haid wanita tidak teratur. Adakalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit
* Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkan sebagai kanser. Perlu diingat bahawa kanser berpunca daripada jin
* Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air
Was-was
Hilang ingatan dan mungkin juga menjadi gila
* Cepat marah, panas baran dan mudah melakukan kesilapan
* Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzinar
* Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti batu atau telur
Lenguh-lenguh badan, sangat malas dan tidak berdaya
* Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa
Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutinya
Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca dari sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong ataupun perut
Sentiasa mengantuk terutama dalam majlis ilmu
* Emosional dan terlalu sensitif dan sebagainya


TANDA-TANDA KETIKA TIDUR
Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan
* Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau mengeluh
Ia bermimpi berjalan di atas air atau darah, Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar-benar berlaku
* Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tidak siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kana tindih’
* Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring dan bersusah payah
* Kerap terjaga tidur di waktu malam
* Bunyi gigi berlaga ketika tidur
* Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga jika bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terutama kepada wanita
* Mimpi berjumpa haiwan-haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
* Berdiri atau berjalan ketika tidur tanpa sedar
* Bermimpi seolah-olah ia jatuh dari tempat yang tinggi
* Bermimpi berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi (lagi menakutkan)
* Bermimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam
* Mimpi melihat salib atau gereja
* Mimpi bertemu paderi
* Merintih dan menangis ketika tidur dan sebagainya


TANDA-TANDA SAKA
Tidak ada tanda-tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut :
* Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
Malas berzikir
* Berpenyakit yang sukar diubati seperti asma, resdung, stroke, gatal-gatal, kudis dan sebagainya
Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikiran sebelum ini
* Terdapat bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian-bahagian tertentu tubuh
Ada di kalangan keluarga yang gila, syndrom down dan cacat
* Sukar tidur malam
* Tidak kemas dan tidak berdisiplin
* Tidak ada keazaman atau tidak bercita-cita
Lambat berkahwin
* Sukar mendapat anak
* Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
* Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
* Boleh melihat perkara-perkara yang di luar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dan sebagainya
Kewujudan jin saka memudaratkan kehidupan manusia dan perlu dibanteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.
Semoga kita sentiasa terlindung daripada kejahatan syaitan dan semoga Allah sentiasa memelihara hati kita daripada lalai mengingati-

Waktu Tidur Yang Dibenci Allah

Waktu Tidur Yang Dibenci Allah
1. Tidur di Pagi Hari Setelah Solat Subuh

DARI Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi radliyallaahu ‘anhu bahwasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

ﺎﻫﺭﻮﻜﺑ ﻲﻓ ﻲﺘﻣﻷ ﻙﺭﺎﺑ ﻢﻬﻠﻟﺍ

”Ya Allah, berkati lah bagi ummatku pada pagi harinya” (HR. Abu dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad shahih).

Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya menyia-nyiakan waktu dengan tidur, dimana beliau berkata : “Termasuk hal yang makruh bagi mereka  iaitu orang salih  adalah
tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai manfaat waktu tersebut dari orang-orang salih,  walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak toleransi untuk istirehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Kerana ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya.



Ia merupakan waktu turunnya rezeki, adanya pembagian, turunnya keberkatan, dan darinya hari itu berjalan dan mengembalikan segala kejadian, hari itu atas kejadian yang mahal tersebut. Maka rugi tidur pada ketika  itu seperti tidurnya orang yang terpaksa” (Madaarijus-Saalikiin 1/459).

2. Tidur Sebelum Solat Isya’


Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu ‘anhu : ”Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam membenci tidur sebelum solat isya’ dan bercerita selepasnya” (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647).

hadits-hadits Nabi menerangkan makruhnya tidur sebelum solat isya’. Oleh sebab itu At-Tirmidzi (1/314) mengatakan : “ulama menyatakan makruh hukumnya tidur sebelum solat isya’ dan bercerita setelahnya. Dan sebagian ulama’ lainnya memberi keringanan dalam masalah ini. Abdullah bin Mubarak mengatakan : “Kebanyakan hadits-hadits Nabi melarangnya, sebagian ulama membolehkan tidur sebelum solat isya’ khusus di bulan Ramadan saja”.

Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Baari (2/49) : “Di antara para ulama melihat adanya keringanan (iaitu) mengecualikan bila ada orang yang akan membangunkannya untuk solat, atau diketahui dari kebiasaannya bahwa tidurnya tidak sampai melewatkan waktu solat. Pendapat ini juga tepat, kerana kita katakan bahwa alasan larangan tersebut adalah bimbang terlewatnya waktu solat”

Info Penting Untuk Pasangan Suami Isteri

Suami Isteri
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.



Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…

Sama-sama kita fikirkan…
 

12 Tips Malam Pertama Dalam Islam

Malam Pertama

Gambar sekadar hiasan
Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.
Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :


Kebenaran niat
Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)
Berhias dan mempercantik diri.
Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik.

Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt :
“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.
Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya
Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”
Mendoakan isterinya.
Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”
Melaksanakan solat dua rakaat
Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”
Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana – Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami – sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”
Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.”

Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.
Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama
Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”
Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”
Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”
Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.”

Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”
Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”
Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”
Mandi berduaan
Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”
Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.
Bersenda gurau dengan isteri
Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”
Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.
Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.
Dibolehkan ‘Azal
Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”
Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”
Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..
Mengunjungi kerabat pada pagi harinya

Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..
Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”

TIPS MENGAJAR ANAK SIKAP HORMAT


Perkongsian ini mendapat share yang paling tinggi untuk bulan lepas. Lebih 88,000 orang viewed perkongsian. Ibu muatkan sekali lagi bagi yang terlepas. Perkongsian daripada Admin saya. TQ admin. CONGRATULATION!

Kisah Mengajar Anak Sikap Hormat:

Untuk menanam perasaan hormat, kami mengajar anak kami untuk bersalam sambil menundukkan kepala kepada orang tua. Semua di dalam keluarga suami saya diajar sebegitu. Selepas kahwin, saya terkejut bila ipar duai saya bersalaman sambil menundukkan kepala kepada saya (sebab saya menantu paling baru dan paling muda tapi saya kahwin dengan abang yang paling sulung). Jadi bila anak sudah boleh diajar bersalam, kami ajarnya benda yang sama.

Caranya sangat senang: Saya dan suami akan bersalam dulu, baru anak salam. Konsep yang kami terapkan; 'monkey see, monkey do.' Dalam masa sekejap saja, dia belajar untuk tangkap perbuatan ini. Kami sungguh seronok!

Baru-baru ini, dia enggan bersalam nenek dan datuknya. Malah juga menengking dan marah-marah. Hilang semua perangai comel yang suka bersalam, hormat orang tua ini. Umurnya? 2 tahun. Pening kepala saya dan suami. Kami tidak pernah mengajarnya berkelakuan begini. Malah, kami tidak pernah menunjukkan perangai begini kepada orang tua kami. Mana silapnya?

Bila berbincang dengan suami, kami dapati, dia mula banyak bergaul dengan salah seorang anak buah saya yang umurnya agak besar. Cara didikan saya dan cara didikan ibubapa budak itu berbeza. Anaknya memang tidak diajar bersalam, malah beberapa kali saya melihat dia memarahi ibubapanya tanpa ditegur. Anak saya pula melihat perbuatan itu dan secara tidak sedar, dia meniru perbuatan yang kurang baik itu. 'Monkey see, monkey do.'

Pening kepala saya. Takkan nak tegur budak itu? Dia pun kecil lagi. Nak ditegur ibubapanya, kalau mereka tak rasa perbuatan anak mereka tak salah, kita nak buat macam mana? Lagipun ahli keluarga sendiri. Dia dulu ada anak dari kita, kalau tegur nanti takut bergaduh pula. Tapi kami tahu, selagi anak kami bergaul dengan budak itu, lagi banyak lah perangai yang kami tak suka akan melekat pada anak kami.

Jadi, kami berbincang dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari berjumpa dengan keluarga itu buat sementara waktu. Kami detoxkan semua perangai yang kurang baik itu dari sistem anak kami.

Setiap kali dia minta apa-apa, dengan nada lembut, saya akan tanya, 'minta macam mana?' dan mengajarnya untuk meminta begini:

'Mama/Daddy, Miea nak makan nasi/tengok tv/main basikal etc, boleh tak?' dan minta dia ikut dengan nada yang sama.

Mula-mula dia tak mahu. Kemudian saya peluk dan cium dan katakan bahawa dia budak baik dan ulangi cara permintaan yang saya ajarkan. Sekarang, setiap kali dia minta apa-apa, secara automatik dia akan minta dengan lembut, diikuti dengan ucapan terima kasih bila dia dapat apa yang diminta.

Kami juga ajarnya untuk bersalam dengan kami semula dengan cara main game. Bila dia datang dari dapur ke ruang tamu, Daddynya akan ajak dia bersalam. Setiap hari dalam seminggu kami main game ini.

Alhamdulillah, hari ini bila dia berjumpa dengan nenek dan atuknya, dengan segera dia pergi bersalam dan tunduk kepalanya. Tiada lagi sikap tidak menghormati orang tua dan suasana di rumah mertua saya yang penuh dengan ahli keluarga ceria semula bila dia bermain tanpa marah-marah. Kami sebagai ibu bapa lega lembali.

Yang dipelajari:
1. Bila ada prinsip nak diajar pada anak, sentiasa ingat prinsip itu.
2. Anak antara umur 0 - 5 tahun ibarat 'sponge' yang akan cepat absorb persekitarannya.
3. Jika ternampak orang disekitar anak kita melakukan perkara bertentang dengan apa yang ingin diterapkan, jauhkan dia dari orang itu sehingga apa yang ingin kita ajar pada anak kita telah sebati dalam dirinya. Walaupun orang itu adalah ahli keluarga kita sendiri.
4. Sentiasalah berbincang dengan pasangan kita supaya ada check n balance dalam mendidik anak.
5. Dekatkan diri kita dengan ibubapa kita. Walaupun pada kita, cara didikan mereka ketinggalan zaman, mereka terlebih dulu menjadi ibubapa. Dengar pengalaman mereka membesarkan kita. Mana tahu, ada yang boleh digunakan untuk anak kita. Setidak-tidaknya, ia akan mengajar anak kita untuk hormat ibubapa kita pula.

Tujuh petanda rumah tangga anda ada masalah


Rumah tangga anda ada masalah jika ia mempunyai tujuh petanda berikut:

1. Anda rasa sangat susah untuk memaafkan pasangan anda. Anda rasa susah kerana anda semakin hilang rasa sayang pada pasangan anda. Perasaan yang ada hanyalah perasaan negatif dan marah pada pasangan anda.

2. Anda mula berhenti berkongsi fikiran, perasaan, impian dan bermacam perkara lagi dengan pasangan anda. Anda berhenti berkongsi kerana anda tidak lagi percaya pasangan anda faham apa yang anda ingin kongsikan.


3. Anda dapati diri anda di pandang serong oleh pasangan anda dan anda rasa tidak kisah jika kehilangan dia dalam hidup anda.

4. Anda mula cari alasan untuk tidak lagi meluangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Anda lebih utamakan perkara lain dari masa untuk keluarga.

5. Anda mula bekerja lebih masa dan lakukan berbagai aktiviti untuk menutup masalah dalam rumah tangga. Anda juga mula mencari kebahagian dan ketenangan di luar rumah.

6. Anda tiada lagi niat untuk memberi rangsangan dan galakan pada pasangan anda.

7. Anda mengelak apabila pasangan anda ajak berbincang.

Jika anda ada tujuh petanda di atas, anda perlu muhasabah diri kerana anda sebenarnya menghampiri penceraian. Bercerai hanya akan jauhkan diri anda dari kebahagiaan. Jika anda lihat pasangan anda mula berubah dan mahukan anda, baik anda muhasabah diri dan terima dia kembali.

Durian Belanda Ubat Penyakit kanser

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Durian Belanda 2
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.
Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Durian Belanda 3
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.
WallahuAlam….

sumber: http://hasnulhadiahmad.com

Bahaya Online Melebihi 5 Jam

Komputer atau laptop merupakan salah satu gadjet terkini yang menjadi pilihan manusia. Baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan, melayari internet dan juga bermain game. Dan yang terbaru, satu kajian telah dibuat dan didapati seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal.Walaupun bunyinya macam khabar angin yang entah betul entah tidak tetapi apa yang pasti, punca utamanya ialah posisi duduk sewaktu kita menghadap komputer, terutamanya duduk bersandar. Ia merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain game, ataupun ketika menonton televisyen.

computer 201x300 Bahaya Menghadap Komputer Lebih Dari 5jam Sehari!

Kajian ini telah dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4500 orang  yang berusia 35 tahun ke atas dan hasil kajian itu telah  diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, Stamatakis berkata,

    “Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan komputer/televisyen memiliki peluang 125%  lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,”

Kajian juga telah mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90%  lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang  juga menjadi salah satu punca masalah kesihatan.

Stamatakis telah mencadangkan penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari,

    “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.

Memang sukar untuk kita mengelak daripada menghadap komputer/laptop, malah ada yang menghadap komputer dan laptop berbelas belas jam dalam sehari. Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti yang dinyatakan dalam kajian tersebut bolehlah menggunakan penyelesaian yang telah dicadangkan.

Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa

Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.

Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.

Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)

Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.


Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa

    1. Banyak makan epal yang sudah masam.

    2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

    3. Banyak makan bawang besar.

    4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

    5. Memakan kepala ikan.

    6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

    7. Makan sehingga terlalu kenyang.

    8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

    9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

    10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

    11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.

Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.” Renung-renungkan, selamat beramal. 
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved