Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Pesakit Paling Muda Di Dunia Jalani Gastrektomi

Kanak-Kanak

Riyadh – Seorang kanak-kanak obese berusia dua tahun menjadi pesakit termuda di dunia menjalani gastrektomi – pembedahan membuang sebahagian besar perut.

Ibu bapa kanak-kanak warga Arab Saudi itu yang berat lebih 31 kilogram dan mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) 41, meminta bantuan kerana dia mengalami masalah pernafasan teruk ketika tidur.

Dua cubaan untuk mengawal berat badannya dengan berdiet gagal, menurut kenyataan pakar bedah dalam artikel yang disiarkan dalam Jurnal Antarabangsa mengenai Laporan Kes Pembedahan.

Apabila dirujuk kepada pakar endokrinologi ketika dia berusia 14 bulan, berat kanak-kanak itu ialah kira-kira 22 kilogram.

Tetapi selepas berdiet selama empat bulan, beratnya meningkat kepada 25 kilogram.
Doktor di Hospital Tentera Putera Sultan tidak dapat memastikan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu mematuhi arahan diet yang mereka tetapkan.

Satu lagi cubaan membantu kanak-kanak itu berdiet juga tidak berjaya apabila beratnya bertambah melepasi 31 kilogram.

Gastrektomi terpaksa dilakukan pada 2010 dan ia berjaya menurunkan berat kanak-kanak itu sebanyak 15 peratus.

Kini, kanak-kanak berkenaan yang namanya tidak disiarkan, hidup sihat dan mempunyai berat badan normal seperti kanak-kanak lain. – Agensi
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved