Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Harga Kereta Perodua Myvi RM46,000 (Cukai Kereta 85%). Kerajaan Untung RM21,140! Boleh Turun Harga?

turun harga kereta
Turun harga kereta : Berapa ramai di sini yang memiliki kereta?
Dan…realitinya sekarang ini memiliki kereta sekarang adalah satu keperluan asas kepada rakyat. Dek kerana pengangkutan awam yang ada hari ini masih lagi belum mampu menampung harapan tinggi kalangan rakyat Malaysia yang inginkan pengangkutan awam yang efisen dan lebih bersepadu bukan sekadar merangkumi di sekitar lembah Klang semata tetapi di seluruh negara. Hakikatnya? 

Oleh itu….kami sempat meneliti dan membuat semakan semula berdasarkan laporan Jabatan Statistik melibatkan Laporan Kaji Selidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009.

Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia Di Bawah RM3,000

  • Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia : 52.8%
  • Pendapatan Isi Rumah Bangsa Melayu : 57.9%
  • Pendapatan Isi Rumah Bangsa Cina : 44.8%
  • Pendapatan Isi Rumah Bangsa India : 63.9%
turun harga kereta
Sumber : Laporan Kaji Selidik Pendapatan & Kemudahan Isi Rumah 2009
Manakala melihatkan statistik hutang kereta yang ditanggung kalangan rakyat Malaysia sekitar 71.9% adalah berada pada kadar yang agak tinggi. 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta. Hakikatnya….
  • Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012
  • Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.
Sumber : KLIK SINI
Hutang Kereta Malaysia 2013
Masih ingat lagi pengumuman di sekitar tahun 2006 mengenai lonjakan kenaikan harga minyak?
turun harga kereta
Sumber : Laporan Utusan Malaysia Mac 2006
Jadi apabila kurangnya alternatif yang terbaik utnuk mereka bergerak, apa penyelesaian terbaik untuk rakyat Malaysia?
“Ya….terpaksa memiliki kereta jawapannya.”
Walaubagaimanapun, jika rakyat Malaysia berhajat benar mahu memiliki kereta sendiri dan kami pasti ramai yang sudah sedia maklum di mana anda, anda semua di sini perlu berdepan dengan 3 cukai :
  1. cukai eksais
  2. cukai jualan
  3. cukai import
Contohnya? Contohnya jika anda merancang membeli model kereta Perodua Myvi yang berkapasiti di bawah 1800 cc

Cukai Perodua Myvi (Kapasiti Bawah 1800cc)

turun harga kereta
  • cukai eksais : 75%
  • cukai jualan : 10%
  • Jumlah cukai kereta : 85%
  • Harga kereta Myvi : RM46,000
  • Harga sebenar : RM24,860
  • Jumlah cukai dikutip kerajaan : RM21,140

Cukai Honda Civic (Kapasiti 1800cc-2000cc)

turun harga kereta 2013
  • Cukai eksais : 80%
  • Cukai jualan : 10%
  • Jumlah cukai kereta : 90%
  • Harga kereta Honda Civic : RM120,000
  • Harga sebenar : RM63,150
  • Jumlah cukai dikutip kerajaan : RM56,850

Cukai Toyota Camry (Kapasiti lebih 2000cc)

turun harga kereta
  • Cukai eksais : 90%
  • Cukai jualan : 10%
  • Jumlah cukai kereta : 100%
  • Harga kereta Honda Civic : RM142,000
  • Harga sebenar : RM71,000
  • Jumlah cukai dikutip kerajaan : RM71,000

Bolehkah Turun Harga Kereta Untuk Semua Model Kereta Sekarang Ini?

Jikalau tindakan menurunkan harga kereta buat masa sekarang dilihat mampu menyebabkan Malaysia muflis seperti yang diperkatakan menteri (DI SINI), kesesakan lalu lintas dan kehilangan pendapatan yang besar kepada negara sebanyak RM7.6 bilion setahun (KLIK SINI).
Pakatan Rakyat dikatakan telah menjumpai mekanisme bagaimana cara untuk menurunkan harga kereta dan dalam pada masa yag sama menampung kehilangan pendapatan cukai kereta setiap tahun, itupun jikalau mereka dipilih rakyat pada Pilihanraya Umum ke 13. Caranya?
  • Cukai kereta akan akan diturunkan sebanyak 20% setiap tahun secara berperingkat-peringkat selama tempoh 5 tahun
  • Akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan melalui cukai kereta sejumlah RM1.5 bilion setahun
  • Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat mengatakan RM2 bilion mampu diperolehi kembali melalui cara lelong AP secara terbuka
Berapa ramai di sini yang menggunakan perkhidmatan awam ke tempat kerja? Mengapa?
Adakah dengan menggunakan kaedah yang ingin digunapakai Pakatan Rakyat ini bakal menyebabkan negara bankrap dan musnah. Apa pilihan yang terbaik untuk anda?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved