Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Anak Berusia 4 Tahun Mati Kelaparan, Mayat Dibiarkan Dalam Rumah Sampai Reput


LONDON – Seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan sanggup membiarkan anaknya yang berusia empat tahun mati kelaparan dan menyembunyikan rangka berkenaan dalam rumah selama dua tahun.

Dalam tempoh dua tahun itu, dia terus memungut wang kebajikan atas nama kanak-kanak itu iaitu Hamzah Khan.
Wanita tersebut, Amanda Hutton, 43, juga membiarkan rangka Hamzah di atas katil bayi dengan anak patung beruangnya.
Kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat kekurangan makanan.

Malah bedah siasat yang dijalankan mendapati pembesarannya juga terbantut dan dia masih memakai baju bayi berusia enam hingga sembilan bulan ketika mayatnya ditemui.
Selepas beberapa jam Hamzah meninggal dunia, wanita tidak berhati perut itu memesan pizza.
Perkara berkenaan didedahkan dalam kes perbicaraan ke atas Amanda yang didakwa membunuh anaknya sendiri di Mahkamah Bradford.
Ketika membentangkan kesnya, pendakwaraya Paul Greaney memberitahu mahkamah bahawa Hamzah meninggal dunia pada 15 Disember 2009 dan mayatnya ditemui pada 21 September 2011.
Mayat itu ditemui selepas dua anggota PCSO melawat rumah mangsa di Crofton Road, Bradford, bagi menyiasat dakwaan mengenai penemuan lampin pakai buang di kawasan kejiranan berkenaan.
Menurut Greaney, keadaan di rumah berkenaan juga amat teruk dan dipenuhi dengan sampah sarap, najis serta lalat.
“Pendakwaan kes ini adalah mudah. Amanda Hutton gagal memberi makanan berkhasiat kepada anaknya hingga menyebabkan budak berkenaan jatuh sakit. Ia juga menunjukkan dia membunuh Hamzah.
“Pembesaran Hamzah telah terbantut dan dia juga meninggal dunia akibat kebuluran,’’ katanya.
Beliau juga memberitahu, Hamza sering dikurung dalam bilik oleh ibunya yang juga seorang pemabuk dan penagih dadah.
Perbicaraan kes itu bersambung.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

-:: Bern ::- said...

TOLONG LA BUANG IKLAN CELSOM BELAH KIRI NI ADMIN.. KAMI NAK BACA PON SSAH


20 September 2013 at 13:19

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved