TEMERLOH – Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui seikat wang kertas
bernilai ribuan ringgit di tepi jalan utama ke bandar Temerloh dekat Kampung Padang
Lelaki warga emas itu yang enggan dikenali berkata, dia menemui wang terbabit ketika
menunggang motosikal melalui jalan berkenaan.
Menurutnya, pada awalnya, dia terpandang satu bungkusan kertas di tepi jalan, namun
tidak menghiraukannya.
“Ketika dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan yang sama dan masa itu terdetik
rasa hati untuk memberhentikan motosikal.
“Saya terkejut apabila melihat sejumlah besar duit bersama beberapa nota yang saya
percaya ia adalah rekod urus niaga pemiliknya, saya terus mengambilnya dan berbincang
dengan rakan,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil keputusan menyimpan wang berkenaan dan menyerahkan
kepada Sinar Harian untuk menghebahkan perkara itu kepada umum.
Katanya, pihak yang mahu menuntut mesti menyatakan dengan tepat jumlah wang itu
sebelum berjumpanya di Kampung Bangau Parit.
Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan sejumlah besar wang dalam tempoh
seminggu ini supaya menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh, Inspektor