Pasangan romantis, Rozita Che Wan dan Zain Saidin menetapkan syarat yang pelik dan agak kelakar bagi peminat yang ingin menghadiri majlis persandingan pasangan tersebut pada Disember tahun ini iaitu menjadi peserta paling banyak membeli biskut raya yang dijual mereka.
Mohamad Zain Mohd Saidin memberi peluang kepada lima peminat bertuah yang mana mereka turut diberi ruang untuk menyertai majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang akan diadakannya tidak lama lagi.
“Daripada lima peminat bertuah itu, saya akan memilih tiga daripada mereka berdasarkan siapakah yang membeli biskut paling banyak untuk hadir ke majlis resepsi persandingan saya dengan Che Ta nanti,” katanya.
Sempena bulan Ramadan ini, Zain Saidin menjual kira-kira 22 jenis biskut Shirin Homemade Cookies yang dibuat oleh seorang ahli keluarganya.
Tart nanas, Almond London, mazola, biskut makmur dan juga suji yang berharga dari RM25 hingga RM28 sebalang adalah antara biskut raya yang dijualnya.
“Saya sudah lama menjalankan perniagaan ini yang dibuat sendiri oleh nenek saya. Kalau dahulu setiap kali Ramadan, saya menjualnya di Jalan Masjid India tetapi kali ini saya agak sibuk, saya jual secara online pula,” katanya.
Beliau memberi jaminan biskut raya yang dijualnya sedap dan rangup kerana dibuat oleh orang berpengalaman selain banyak menggunakan mentega.
Kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah menghubungi talian 012-6344434 (Noel).