Makanan di bawah merupakan antara makanan yang termahal di dunia. Sudah tentunya ianya dihidang kepada golongan kaya raya kerana makanan ini di jual dalam kuantiti yang sedikit tetapi harganya pula mencecah ribuan ringgit.
Jom kita tengok makanan termahal di dunia. Jangan terliur pula. Kehkeh.
#10 La Bonotte Potatoes - Kentang memang murah di pasaran biasa tetapi kentang jenis ini hanya boleh dituai di Noirmoutier, sebuah pulau yang terletak di luar Barat Perancis, ia menelan belanja $ 1,543 untuk kira-kira 0.45kg.
#9 Almas Caviar - Selama bertahun-tahun, kaviar memang dianggap sebagai makanan mahal yang hanya dihidang di restoran mewah. Kaviar jenis ini diperoleh daripada ikan beluga (sturgeon) dan berharga $ 25 000 satu tin, bekas kaviar pula diperbuat daripada emas 24 karat.
#8 Matsutake Mushrooms - Makanan mahal yang amat terkenal pada tahun 80-an dan 90-an. Oleh kerana ia semakin jarang berada dalam pasaran, maka ia dijual kira-kira $ 2000 untuk lebih kurang 453gram, kadang kala lebih mahal bergantung pada permintaan.
#7 Moose Milk Cheese - Terdapat hanya di ladang rusa private di Sweden, harganya $ 500 untuk lebih kurang 453gram.
#6 Densuke Black Watermelon - Buah yang hanya ditanam di Pulau Hokkaido, Jepun ini dijual pada harga $ 6100 untuk lebih kurang setiap 7kg, dan setiap tahun hanya 10 000 buah yang ditanam.
#5 Samundri Khazana - Dikenali sebagaI 'TREASURE OF THE SEAS', hidangan mewah ini terdiri daripada campuran kaviar beluga, siput laut dan lobster kemudian ditabur dengan emas yang boleh dimakan dengan rasa kari yang kuat. Harganya, $ 2000 untuk satu porsi.
#4 Pizza Royale 007 - World's Most Expensive Pizza, dilelong pada tahun 2006 dan seorang peguam Italy bernama Maurizio Morelli membayar sejumlah $ 4200 untuk mendapatkannya.
#3 Wagyu Beef - Sama seperti Kobe Beef dari Jepun, makanan ini datang dari beberapa variasi lembu untuk menghasilkan peratusan yang tinggi lemak tepu dan rasa yang kaya. Harganya, $ 2 800.
#2 Chocopologie - Dicipta oleh Knipschildt, Chocopologie adalah kepingan coklat kecil paling mahal di dunia. Ia terdiri daripada 70% Valrhona kakao dan harganya $ 2 600 untuk kira-kira 453gram.
#1 The Zillion Dollar Frittata - Walaupun daging dikenal sebagai sumber protin termahal tetapi omelet telur yang dicampur kaviar dan lobster ini dijual pada harga $ 1000 sepinggan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment