Fauziah Latiff atau nama manjanya Jee / Gee, walaupun umur sudah menjangkau pertengahan 40-an tetapi wajah dan bodynya seperti anak dara. Apa rahsianya? Kali ini Fauziah Latiff mendedahkan rahsia awet mudanya dengan mengamalkan minum pati ikan haruan.
Anda pernah minum atau makan ikan haruan? Bagi orang luar bandar atau kampung memang sudah biasa, tambah-tambah lagi bagi yang baru lepas bersalin anak. Fauziah Latiff pula amal minuman pati ikan haruan setiap hari! Anda mahu cuba?
Walaupun sudah menginjak usia 40-an, kejelitaan pelantun lagu 'Teratai Layu Di Tasik Madu', Fauziah Latiff nyata terserlah. Pasti ramai yang ingin tampil seperti wanita ini bukan?
Sudah lebih 20 tahun mengamalkan minuman kesihatan pati ikan haruan merupakan rahsia wanita ini kekal sihat dan semakin menawan.
“Saya mula minum pati ikan haruan sewaktu umur saya 18 tahun. Orang tua yang menyaran saya untuk minum pati ini kerana waktu itu saya sedang sibuk dengan aktiviti seni.
Mereka percaya pati ikan haruan dapat tambah tenaga dalam badan kita. Sejak itu, saya amalkan minum pati ikan haruan sehingga sekarang”, ujar Fauziah yang ditemui baru-baru ini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment