Agak kecoh bebrapa hari lalu tentang bedak Tanaka ini. Ada yang cakap bedak ini tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dah banyak yang dirampas oleh pihak berkuasa.
Apa kata Dora Danish pulak??
Apa kata Dora Danish pulak??
Pelakon Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’ kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar.
Jelas aktres ini, selain daripada itu dia kecewa apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya bagi menjual produk yang sama.
"Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar.
"Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.
"Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar.
"Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik," ujarnya. (MalaysianDigest)
P/s: Kalau sah was-was untuk menggunakan sesuatu produk..tak payah lah guna..nanti lain pulak jadinya.. sekian..