Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Hijrah Adalah Antara Saya Dengan Allah – Adam AF


Hijrah Adalah Antara Saya Dengan Allah – Adam AF - SEPERTI yang kita semua ketahui, penyanyi Adam AF kini sudah perlahan-lahan berhijrah ke arah yang lebih positif dalam hidupnya.

Malahan, dia juga dilaporkan sudah membuka sebuah Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani yang terletak di Kota Damansara.

Ketika ditanya mengenai penghijrahan terbarunya itu, Adam menjelaskan, “hijrah adalah antara saya dengan Allah.

Saya tidak pernah pun mengeluarkan kenyataan yang mengatakan saya sudah berhijrah. Saya lebih selesa jika saya digelear seorang yang sedang dan masih mendalami ilmu agama.

“Kita kena sentiasa berhati-hati. Semakin kita dekat dengan Allah, semakin besar ujian. Masyarakat akan sentiasa memandang. Bila kita menuju ke arah kebaikan tapi kita buat kesilapan sedikit dalam perjalanan itu, orang akan bercakap,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua.

Walaupun sudah mula berjinak-jinak dengan cabang perniagaan lain, Adam sesekali tidak melupakan bidang nyanyian yang menjadi minatnya apabila bakal tampil dengan single terbaru, Penggodam Jiwa ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim, tidak lama lagi. 

via - mynewhub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved