Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Fadilah Rosman Pramugari Airasia Ditikam Dimuka Oleh Remaja Berusia 15 Tahun!!..


Seorang pramugari Air Asia berusia 25 tahun ditikam beberapa kali oleh seorang remaja di rumahnya di Taman Kota Warisan, Sepang, pada Ahad lalu.

Mangsa, Fadilah Rosman, berseorangan dirumah apabila seorang budak lelaki berusia 15 tahun, menceroboh bilik tidurnya dalam kejadian jam 10 pagi.

Difahamkan bahawa kedua-duanya bertengkar sebelum budak lelaki itu menikam mangsa beberapa kali di kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman mengesahkan kejadian itu.

“Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi. Kami percaya budak lelaki itu membalas dendam selepas mangsa membuat laporan polis terhadap beliau pada tahun 2011 kerana menggangu mangsa, yang membawa kepada penangkapannya pada tahun yang sama, “kata Imran.

“Budak itu telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes itu disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.”

Sementara itu, mangsa sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved