Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Black Dakwa Ditipu Perunding Perkahwinan

Black Dakwa Ditipu Perunding Perkahwinan

Benar kata orang alam pertunangan banyak cabarannya.Hubungan Hanifah Md. Hanafiah atau lebih dikenali dengan panggilan, Black dan tunangnya teruji di saat-saat akhir apabila pasangan ini ditipu oleh perunding perkahwinan yang telah diupah oleh mereka.
“Saya sama sekali tidak menyangka benda akan jadi begini. Saya telah membayar wang sebanyak RM30,000 kepada perunding perkahwinan tersebut pada bulan Mei lalu, namun sehingga sekarang masih tiada hasil,” kata Black ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Artis 8 Unit & Monkey Bone di Hotel Maya, Kuala Lumpur, baru -baru ini.
Pertemuan terakhir antara Black dan perunding perkahwinan itu adalah pada 3 Julai lalu dan dia berjanji untuk memulangkan baki RM30,000 yang dibayar oleh Black. Penyanyi tersebut mula hilang kepercayaan kerana perunding perkahwinan terbabit mengambil pendekatan untuk berdiam diri setelah dia membayar wang pendahuluan sebanyak RM15,000.
Jelas Black, dia memilih perunding perkahwinan terbabit atas dasar ingin membantu rakan yang ingin berbisnes, namun terkilan kerana diperlakukan sebegitu. Ini kerana sejumlah wang yang dibayar oleh Black tersebut merupakan hasil titik peluhnya mencari rezeki sebagai anak seni.
“Saya telah membuat laporan polis pada minggu lepas dan pihak perunding perkahwinan tersebut juga telah menyediakan peguam bagi membela dirinya. Namun, saya mempunyai segala bukti berhubung hal ini,” katanya.
Enggan membesarkan isu ini, Black menyeru agar pihak yang terlibat tampil membuat penjelasan serta membayar balik baki RM15,000 yang telah diambil. Ekoran insiden tersebut, Black telah menyerahkan kepada pihak pengurusannya untuk merancang majlis perkahwinannya itu.
“Di atas permintaan pihak pengurusan, sebuah sidang media bakal diadakan tidak lama lagi bagi mengumumkan tarikh, lokasi serta pelbagai informasi mengenai perkahwinan saya itu nanti. Saya berbesar hati kerana mereka memilih untuk membantu menguruskan perkahwinan saya,” ujar Black lagi.
Bagaimanapun, Black menafikan perkahwinannya mendapat penajaan sepenuhnya. Sebaliknya perbelanjaan dikongsi bersama pihak pengurusannya, Monkey Bone. Masih dalam perancangan, perkahwinan Black itu nanti bakal disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen popular.
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved