Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Barcelona Layan Peminat Malaysia Macam Pariah – Khairy Jamaluddin

Barcelona Layan Peminat Malaysia Macam Pariah – Khairy Jamaluddin
MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa kesalnya berhubung layanan yang diberikan oleh kelab bola sepak terkemuka dunia, Barcelona FC terhadap peminat dan media tempatan.
Beliau juga meluahkan rasa kurang senang dengan pihak yang menganjurkan perlawanan tersebut, BSC Soccer .
Barcelona Layan Peminat Malaysia Macam Pariah – Khairy Jamaluddin
Khairy menulis di laman Twitternya, “penganjur perlawanan Barcelona sangat-sangat mengecewakan. Peminat dan media tempatan telah dilayan seperti pariah oleh Barcelona”.
Sebelum ini, perlawanan yang berkesudahan pasukan kebangsaan tewas 1-3 itu sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tetapi pada saat-saat akhir ‘venue’ perlawanan persahabatan itu telah ditukar ke Stadium Shah Alam.
Itu satu hal.
Perkara lain yang membuatkan pembeli tiket lebih kecewa ialah apabila pemain terbaik dunia, Lionel Messi tidak dapat beraksi pada malam itu disebabkan kecederaan betis kiri yang dialaminya semasa sesi latihan yang diadakan di SNBJ dan kerana keadaan padang yang kurang memuaskan, pihak Barcelona telah meminta ‘venue game’ itu ditukar ke padang yang lebih elok.
Selain itu, SC Soccer yang baru pertama kali menganjurkan perlawanan sebesar dan segah begini haruslah memantapkan diri dengan bagaimana cara-cara menguruskan acara dengan baik dan teratur.
Ini kerana penganjur dillihat menganaktirikan media tempatan sebaliknya mengagungkan media antarabangsa sehinggakan media tempatan tidak diberi kesempatan bertanyakan soalan kepada pemain dan jurulatih Barcelona.
Selain itu, seperti kebiasaan selepas selesai bermain, satu sidang media khas akan diadakan bagi mendapatkan serba sedikit ulasan dan komen daripada pemain dan jurulatih namun pasukan dari Sepanyol itu dilihat bergegas ke lapangan terbang dan media tempatan tidak sempat bertanyakan sebarang soalan kepada mereka.
Dalam hal ini, penganjurlah yang seharusnya dipersalahkan kerana tidak dapat memberikan perjalanan acara yang baik dan teratur sehinggakan media tempatan tidak diberikan sebarang peluang untuk bertanya bermula dari sesi sidang media pertama sejak kedatangan mereka ke sini pada Khamis lalu. –Webberita | Terkini via MyNewsHub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved