Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Ahli kumpulan Sheila On 7 Disangka Pengganas



Bekas ahli kumpulan Sheila On 7, Sakti mengakui pernah disangka sebagai pengganas 
kerana penampilan barunya selepas keluar daripada kumpulan tersebut.

“Saya pernah disangka sebagai pengganas oleh beberapa orang wanita separuh usia, 
pada mulanya dia melihat saya dan terus berteriak sambil menjatuhkan plastik barang 
belanjanya ke tanah.

“Mereka terus berlari dengan laju seperti melihat jin,” katanya seperti dipetik 
detikHot.com. Sejak lapan tahun tidak aktif dalam industri hiburan, Sakti banyak 
menghabiskan masa untuk mendalami Islam.

Dia juga kini memiliki nama baru iaitu Salman Al-Jugjawy dan mengubah penampilannya.
Sakti juga akan melancarkan album keagamaan tidak lama lagi.
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved