Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

"Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan" - Sharnaaz Ahmad

“Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri,” tegas Sharnaaz Ahmad ketika diminta mengulas status Twitter bekas kekasihnya, Shila Amzah, pada 29 September lalu.
"Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan" - Sharnaaz Ahmad

Tweet yang berbunyi, ‘Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri..’ oleh Shila di laman Twitternya itu ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah lagi dia turut mengakui pernah mengalami situasi seperti dalam filem berkenaan dan masih trauma dengan keadaan tersebut.

Pengakuan anak dara ND Lala itu secara tidak langsung mengheret sama nama bekas kekasihnya, Sharnaaz yang sememangnya dikenali dengan sikap baran itu.

"Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan" - Sharnaaz Ahmad

Enggan dikaitkan lagi, Sharnaaz bagaimanapun menyuarakan kekesalannya dan menyifatkan Shila cuba memfitnahnya.

Meskipun hubungannya dengan Shila tidak kesampaian, aktor kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia sebenarnya sudah pun memaafkan bekas kekasihnya itu atas kemelut yang dialami mereka sebelum ini. Tegas Sharnaaz, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Shila mahupun pada seluruh keluarganya.
Sharnaaz Ahmad Bengang Dengan Kenyataan Shila Amzah

“Saya dah lama memaafkan 'mereka'. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon Juvana ini sempat memberikan kata nasihat khas buat bekas kekasihnya itu.

“Let’s the moon judge. Saya pasti dia akan faham,” kata Sharnaaz.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved