Demi Allah saya tidak pernah mengunjungi mana-mana rumah Datuk dan saya mengaku saya seorang kaki lepak kalau saya tiada penggambaran. Ramai yang mengetahui perangai saya dan saya pun tak pandai propa (kelentong). Saya tidak kacau orang, kalau orang tidak suka saya itu bukan masalah saya tapi jangan sampai mengaibkan saya sebegini. Saya tidak tahu daripada mana cerita ini boleh timbul dan sepanjang karier saya ini tuduhan paling melampau pernah saya terima. Saya tahu saya tidak popular tapi kenapa perlu nak jatuhkan saya?
Saya seorang wanita yang akan berjuang untuk mempertahankan hak saya dan perbetulkan tohmahan negatif yang dilemparkan. Saya akan mencari siapa individu yang menyebarkan berita fitnah itu dan saya cabar untuk kemukakan bukti di depan mata saya. Jangan sampai saya bawa kes ini menjadi kes saman-menyaman. Saya tahu saya benar dan tiada seorang pun Datuk dalam hidup saya. Jangan cabar saya kerana saya boleh berdendam dengan orang.
Perkara sebegini memang sering terjadi. Asal nak popular je, mesti ada yang cuba jatuhkan. Mungkin ada yang cemburu atau takut dengan kepopularitian yang bakal dikecap oleh Ramona. Diharap Ramona bersabar. Anggaplah ini asam garam dunia hiburan. Info asal Kosmo.
sumber : http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment