Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Permohonan Kamal Ditolak Yayasan Kebajikan Negara?

Permohonan Kamal Affendi Ditolak Yayasan Kebajikan Negara? 

SUDAH lama kita tidak kedengaran suara dan kelibat pakar penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim di kaca televisyen mahupun di radio.

Selepas menjalani pembedahan pada 9 Oktober tahun lepas, ekoran penyakit saraf Arteriovenous Malformation(AVM) yang dialaminya kini Kamal terpaksa menjalani rawatan ulangan AVM yang mahal harganya.


Ekoran itu, beliau yang masih menderita sakit enggan berehat sebaliknya terus berbakti kepada masyarakat dengan memenuhi undangan dan jemputan menghadiri program.

Dalam blognya kamalfndhashim.blogspot.com, Kamal berkongsi satu entri pada Selasa lepas 8 Oktober, meluahkan rasa hatinya ekoran keadaan penyakitnya.

Daripada emosi penulisannya, beliau jelas kecewa selepas permohonannya kepada Yayasan Kebajikan Negara untuk membantu membiayai kos perubatannya berakhir dengan dukacita apabila ia ditolak.


Berikut ialah entri penuh Kamal Affendi Hashim.

Hampir setahun yang lalu terlantar menahan kesakitan. Hanya sedikit yang tahu betapa hampir keberadaanku di ambang maut hatta keluarga sendiri sekalipun. Maaf kerana membisu kerana itu lebih baik. Dan seperti biasa, kalaupun jasad dah tak berdaya, senyum kuutus jua; satu buat yang mengharapkan dan satu sebagai tanda redha.

Ya benar rawatan itu berjaya. Cuma berjaya itu tidak ku jelas dari sudut mana kerana khuatir yang menerima tidak mampu menahan hakikatnya. Begini, ia berjaya mengeluarkan diriku daripada zon risiko maut secara mendadak. Ia berjaya menghenti pendarahan dalaman yang lebih bahaya untuk terjadi. Dalam lain makna, AVM itu masih ada tetapi stabil.

Bulan2 selepas itu, melonjak diri memaut semangat yang masih bersisa. Banyak yang terjejas dari segi fungsi dan guna. Mata silau dek cahaya, tubuh pantas sahaja lesunya, kulit yang tak sensitif haba. Bahkan ketika mandi, pancur air yang suhunya paling tinggi pun bagiku suam suam sahaja! 

Menginjak setahun, imbangan badan memejam mata merupakan satu siksa kerana aku tidak mampu kini melakukannya. Kalau sebelum ini itu gampang sahaja. Dan sekarang pula, ketika kutitip nukilan ini, kaki kanan dan telapaknya sudah hilang deria.

Masih gagah melunaskan undangan yang diterima, tak siapapun akan menyangka cacat dan cela itu semua. Ku sembunyikan segalanya dengan tekun dan usaha. Tak sanggup menghampakan kepada yang mengharap programnya berjaya. Cuma, kalaulah kau tahu deritanya..

Bukankah lebih baik kau berehat sahaja? Bukankah semakin kau aktif semakin bahaya pada nyawa? Ya, benar. Cuma, aku harus mencari biaya perubatanku. Umum tidak tahu setiap bulan rawatan pemereksaanku besar belanjanya. Bahkan ada yang menyangka sumbangan pernah kuterima masih lagi bersisa dan mencukupi. Dan kini setahun genapnya, rawatan ulangan AVM yang sama akan kulalui semula kerana komplikasiku serius rupanya.

Pernah ada, yang menyangka aku sebutir permata negara, menulis kepada Yayasan Kebajikan Negara kalau2 mereka boleh membantuku. Jawapan diterima -Dukacita..Hakikatnya, aku hanya serpihan kaca. Dan kerana itulah, kerana tidak mahu membebankan sesiapa, aku tidak berehat atau betah menolak undangan saudara saudaraku itu. Biar mati mencoba daripada mati meminta minta.
Alhamdulillah aku masih punya jiwa.
Kamal Fnd Hashim
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

huhu sedihnyer.. br je tgk di rancangan projek 3R..


11 October 2013 at 11:46
Unknown said...

Saya tak bisa berbicara cara En Kamal, tapi saya dapat merasa penderitaan yg diduga olih Allah yg maha kuasa. Senyum tampak ceria, hanya kita yg tahu kesusahannya. Tak banyak yg saya dapat membantu , hanya doa saya iringgi agar En Kamal sembuh seperti sediakala. Allah huakbar...


11 October 2013 at 18:47

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved