Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Solat Depan Tandas Arena Kuala Kangsar

Solat

Satu insiden berkaitan agama Islam dikesan di bandar Diraja Perak iaitu Kuala Kangsar. Isunya, dek kerana tiada surau pengunjung Muslim disediakan ruang solat di depan tandas. Dipetik daripada laporan laman web Harakahdaily.

Sudahlah disediakan tandas, ruang solatnya tidak lebih dari sebidang tikar getah yang dibentang betul-betul di depan pintu tandas. Menurut laporan portal itu, lokasi solat itu dikatakan berlaku di sebuah pusat membeli-belah di daerah itu.
Sebenarnya jika dilihat, lokasi surau di kebanyakan pusat membeli-belah di seluruh negara pun bukanlah di lokasi yang selesa dan strategi. Kebanyakannnya, diletakkan di sebelah tempat letak kereta atau dihujung pusat membeli-belah.
Sekeping gambar yang dikongsi di internet sekarang ini sudah pun mengundang banyak entry dari beberapa blogger. Gambar menunjukkan dua orang lelaki sedang bersolat di depan pintu masuk sebuah tandas.
Laporan dipetik daripada akhbar pembangkang Harakahdaily semalam, menurut laporan seorang pendakwah bebas Ustaz Farhan Mazlan yang kebetulan mengunjungi pusat membeli-belah itu.
“Bayangkan, tikar dibentangkan betu-betul depan ruang tandas bersebelahan dengan kaunter bayaran untuk masuk ke tandas itu,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Carian Mynewshub.my untuk maklumat lebih lanjut di laman web Harakahdaily menemui komen oleh Mohamad Imran Ishak yang pernah bekerja di lokasi berdekatan dan pernah solat di ruang depan tandas itu.
Mohamad Imran berkata tandas yang dimaksudkan adalah tandas yang berhampiran dengan Arena Kuala Kangsar (KK), sekarang dah tidak dipanggil Area Square yang terletak di tepi sungai Perak.
“Orang tempatan memanggilnya Bawah Lembah, untuk rekod sebenarnya ada sebuah surau yang dekat dengan Arena KK, tidak sampai lima minit berjalan kaki, tetapi surau itu sentiasa berkunci.
“Bagaimanapun menurut beliau, surau itu terletak agak jauh dari pandangan orang ramai, malah kalau biarkan terbuka takut jadi vandalisme atau lokasi orang melakukan maksiat,” katanya dalam komen kepada laporan berkenaan.
“Aku pernah solat di kawasan tandas tersebut, sewaktu kerja kat Bawah Lembah satu masa dulu. Alasan, dekat dengan tempat kerja aku. Memang Masjid Rizwaniah (masjid daerah) kat atas tu je, tapi biasalah kerja, masa tak berapa nak ada. Aku yakin orang-orang yang kerja kat kawasan tersebut – kebanyakkannya peniaga – pun selalu menggunakan tandas tersebut sebagai tempat solat. Lagipun, tandas tu tandas awam berbayar, kebersihan terjaga. Bau busuk pun kurang,” katanya.
Tandas berkenaan sebenarnya menurut Mohamad Imran bukanlah di sebuah pusat membeli-belah kerana di Kuala Kangsar tiada pusat membeli-belah setakat The Store sahaja, ia sebenarnya terletak berhampiran Arena KK yang selalunya diadakan ekspo atau pameran di situ.
Beliau mencadangakn warga Kuala Kangsar perlu membuat laporan atau menghantar memorandum berkenaan isu itu kepada Yang Dipertua Majlis Per agar disediakan surau atau kawasan solat yang lebih selesa untuk para pengunjung. – Mynewshub.my
OLEH : KUMBANG WIRA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved