Isnin lalu seorang pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam telah dikejarkan ke hospital kerana rebah di rumahnya dan dilaporkan menghidap penyakit batu karang. Atas nasihat doktor, beliau telah menjalani pembedahan secara laser di bahagian kanan perut.
Selepas insiden tersebut, Syamsul Yusof yang ditemui di majlis malam gala tayangan filem KL Zombiesemalam telah mengakui bahawa sebagai anak, dia turut merasakan sudah tiba masanya untuk memikirkan soal rumah tangga dan menyimpan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan tersebut selepas filem arahannya, KL Gangster 2 keluar menemui penonton di pawagam.
Saya sedar ayah saya pun dah semakin tua, kalau boleh nak juga dapatkan cucu untuk dia. Umur saya pun dah masuk 29 tahun, jadi rasanya sudah tiba masa untuk fikirkan soal rumah tangga.
Masa sakit hari itu, dia (Datuk Yusof Haslam) ada juga bagi hint supaya saya cepat kahwin dan dia pun ada cakap, tak kisah siapa sahaja pilihan saya.
Memang saya ada simpan hasrat lepas filem KL Gangster 2 keluar, saya ingin melangkah ke alam rumah tangga, tapi itu semua masih lagi dalam perancangan. Jadi, doakan sahaja.
Berkongsi lebih lanjut mengenai soal perkahwinan, timbul juga persoalan dikalangan pihak media, adakah Syamsul sudah mempunyai wanita pilihannya sendiri dan siapakah wanita bertuah tersebut?
Tersenyum, aktor kacak ini hanya mampu menyatakan bahawa biarlah ia menjadi rahsia dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai persoalan tersebut.
Siapa orang itu biar saya simpan sendiri dan biar saya sahaja yang tahu. Setakat ini saya pun belum pernah bawa sesiapa berjumpa dengan keluarga.sumber : http://www.ohbulan.com/
Mak saya pun dah tak larat nak pasangkan saya dengan sesiapa sebab saya tak suka. Kalau boleh, saya nak cari pilihan saya sendiri.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment