Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013




Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 kembali lagi bagi menghiburkan pengunjung dengan paparan bunga api berwarna-warni dan menakjubkan. Acara yang bakal diadakan di Pusat Maritim Putrajaya Presint 5 akan menawarkan pemandangan dan persembahan yang menakjubkan. Sebanyak enam negara bakal berentap dalam pertandingan ini yang mempamerkan kepakaran mereka dalam tempoh enam hari pertandingan.

Negara-negara yang akan menyertai pertandingan ini ialah China, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia.Persembahan bunga api yang menarik selama 25 minit seperti yang dijanjikan akan diiringi muzik.Pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang melambangkan kebudayaan dan keunikan negara-negara yang bersaing dalam pertandingan itu.

Pakar-pakar yang telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan bunga api antarabangsa telah melakukan penyesuaian persembahan dengan muzik yang digandingkan dan akan lebih berhati-hati dalam setiap persembahan yang mana menjanjikan pengunjung satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Untuk menambah dimensi dan drama kepada bunga api, acara itu akan menampilkan teknologi seperti gelombang mikro tanpa wayar dan sepenuhnya serentak dengan muzik yang dialunkan. Ini akan menjadi satu platform terbaik bagi menarik pelancong dan pengnjung ke Putrajaya.

Dijangka pertandingan ini akan dilawat oleh beribu-ribu pengunjung pada malam persembahan. Pemilihan lokasi yang bersesuaian juga adalah penting bagi memberi peluang kepada ramai pengunjung menonton persembahan bunga api tersebut. Untuk pengalaman yang lebih menarik lagi, pengunjung boleh menempah pakej Cruise Lake bagi menikmati bunga api atau berada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk pemandangan yang menakjubkan.

Selain daripada bunga api, terdapat juga konsert mini oleh Korea dan China serta Pertandingan DJ 2013 akan diadakan bersama-sama dengan bazar dan karnival jualan makanan. Untuk keselesaan pengunjung, beberapa tempat letak kereta telah ditetapkan berhampiran tempat persembahan dan perkhidmatan bas ulang-alik akan disediakan pada hari persembahan.

Pengunjung yang datang dari arah Kuala Lumpur yang tidak mahu memandu sendiri juga boleh mengambil ERL ke Putrajaya Sentral dan bas ulang-alik. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan pertandingan tersebut pada 30 Ogos.

Acara antarabangsa ini akan diadakan selama enam hari pada 30 Ogos dan 31, 13 Sept, 14 dan 15 dan 2 Oktober dianjurkan bersama dengan Duago Corporation Sdn Bhd.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved