Ketua MCA Ipoh Datuk Seri Micheal Chong berkata dia senditi menyaksikan pengalaman malang budak lelaki tersebut yang terperangkap pada hari Sabtu lalu. Dia amat berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Dari dalam kenderaan tersebut dapat dilihat yang kanak-kanak tersebut telah berpeluh dengan banyak manakala enjin kenderaan tersebut juga telah dimatikan, kemungkinana kanak-kanak tersebut telah terperangkap selama setengah jam.
Beliau menambah sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan kanak-kanak malang tersebut kemungkian dia akan mati kelemasan dalam kenderaan sepertimana teragedi yang berlaku terdahulu.
Ketua Bomba, Samsuddin Buki, tidak dapt memecahkan cermin kerana takut mencederakan kanak-kanak itu. Beliau kemudiannya dengan perlahan memujuk agar kanak-kanak itu membuka kunci pintu akhirnya beberapa minit setelah dipujuk kanak-kanak itu dapat membuka pintu kereta.
Kanak-kanak itu kelihatan amat cemas setelah dapat diselamatkan..kesian dia. Manakala ibu kanak-kanak kemudiannya telah disoal siasat dan diberi nasihat oleh pihak penyelamat.
#Kenapa masih ada manusia yang melakukan perkara sebegini? Tak serik atau tak pernah ambil iktibar ke dengan kejadian yang lepas?
sumber : kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment