5 Petua Mudah Kawal Nafsu Makan!
Ramai orang diet, bersenam dan mengambil food supplement untuk mengurangkan berat badan. Selain daripada cara-cara tersebut, anda juga boleh menurukan berat badan dengan mengawal nafsu makan dengan cara yang betul. Nafsu makan memang agak sukar dibendung pada peringkat permulaan, tetapi lama-kelamaan semuanya akan jadi mudah.
Minum air mineral
Minum air mineral dalam 5-8 gelas sehari adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan nafsu makan korang meningkat secara mendadak!
Makan dalam kuantiti yang kecil
Makan berulang-ulang kali dalam 4-5 kali adalah lebih baik daripada makan 3 kali dengan kuantiti makanan yang sangat banyak. Cara ini dikatakan dapat mengurangkan dan mengawal nafsu untuk makan.
Jangan lewatkan waktu makan
Korang harus makan ikut waktu yang telah ditetapkan. Elakkan makan terlalu lewat kerana ia akan menyebabkan korang berasa sangat lapar dan membuatkan korang makan dengan banyak.
Lebihkan serat dalam menu makan
Serat akan membuatkan korang berasa kenyang dan secara tidak lansugn akan mengurangkan selera anda untuk makan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian.
Makan secara perlahan
Makan secara perlahan akan membuatkan korang berasa cepat kenyang walaupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini ternyata berkesan tetapi anda mungkin korang makan secara berulang-ulang dalam jangka masa yang pendek.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment