Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Cincin RM1.5 juta disalut kulit manusia

Cincin ini bukanlah barang kemas biasa. Ianya adalah cincin emas 24 karat yang disalut dengan kulit manusia. Sruli Recht, seorang pereka fesyen dari Iceland membuat pembedahan dikawasan abdomennya bagi mengeluarkan cebisan kulit dan menghasilkan karya tersebut. Selepas pembedahan, cebisan kulit yang masih berbulu ini dilakukan sedikit pengawetan sebelum disalut kepada cincin emas. Harga ditawarkan untuk cincin ini adalah sekitar €350,000 (kira-kira hampir RM1.5 juta).

Cincin RM1.5 juta disalut kulit manusia


Bukan itu sahaja, pembeli akan diberikan sijil pengesahan DNA bahawa kulit tersebut adalah milik Sruli Recht. Terdapat rakaman video dokumentari mengenai proses penghasilan cincin ini bermula dari pembedahan hinggalah ke temuramah pasukan yang turut sama menjayakan karya tersebut. Cincin yang dinamakan Forget Me Knot ini mungkin amat bernilai jika dilihat pada harganya, namun pasti ramai yang tidak sanggup untuk memakainya.

Cincin RM1.5 juta disalut kulit manusia

Sumber: blog-ketegaq
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved