Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Jehan bertarikh 15 Ogos lalu, pelakon ini dilihat sedang berada disamping isterinya, di mana mereka kelihatan sedang memakai sepasang rantai dengan caption berbunyi :
Foto loket yang dianggap seperti lambang salib
Foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian beberapa orang peminat, di mana ada segelintirnya mendakwa loket yang dipakai oleh pengarah drama What If itu adalah berbentuk salib dan meminta agar aktor berkenaan berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori.
Dalam pada itu, Jehan turut menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment