Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Sirul, Azilah Dilepaskan Dari Hukuman Gantung Sampai Mati.

Sirul, Azilah Dilepaskan Dari Hukuman Gantung Sampai Mati.

Mereka berdua dibebaskan dari hukuman gantung sampai mati selepas mahkamah rayuan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan penghujahan konkrit bagi mengaitkan tertuduh Sirul dan Azilah ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu.



Dalam penghujahan berkaitan, peguambela kepada tertuduh juga mengatakan bahawa anak guam nya mempunyai alibi kukuh dan pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh berada di lokasi pembunuhan.



Setelah meneliti hujah dari kesemua pihak, hakim mahkamah rayuan memutuskan Sirul dan Azilah dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati dan akan dibebaskan dari pertuduhan bunuh.

Walau bagaimana pun pihak pendakwaan akan mrngemukakan rayuan dalam masa terdekat untuk membantah keputusan tersebut.

Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009. Sejak tahun itu mereka berulang kali menghantar rayuan demi rayuan sehinggalah dibebaskan pada hari ini. ( 23.08.2013).
Sirul pernah membuat pengakuan dalam mahkamah bahawa dia dikambinghitamkan tanpa menyebut perkara itu secara detail.

Dengan pembebasan mereka berdua kita akan back to square le balik dalam isu neh.

1. Siapa bunuh Altantuya?
2. Siapa yang Sirul maksudkan sebagai kambinghitamkan dia?
3. Jika tiada bukti konkrit apa sebab mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman mati kepada kedua2 tertuduh pada tahun 2009?
4. Apakah wujud bukti2 baru yang menafikan Sirul dan Azhar terlibat dalam pembunuhan Altantuya?
5. Pada tahun 2009, mereka disabitkan kesalahan merujuk kepada bukti apa?
6. Kenapa pada tahun 2013 peguambela boleh mengemukakan hujah bahawa tertuduh ada alibi dan pihak pendakwaraya gagal membuktikan tertuduh berada di lokasi pembunuhan?
7. Bagaimana pula dengan pengakuan Altantuya merayu agar tidak dibunuh kerana sedang mengandung? Siapa yang merakamkan pengakuan tersebut?

Adakah sebenarnya dari awal lagi pihak pendakwaan memang kekurangan bukti? Dan adakah hakim menjatuhkan hukuman bersandarkan kepada bukti2 yang rapuh?

Jika benarlah Sirul dan Azilah mengetahui akan hal sebenar, kita berharap suatu hari nanti mereka boleh bertindak menceritakan kebenaran kepada kita semua. Rakyat berhak tahu. Dan yang paling penting, keluarga mangsa berhak tahu.


Rujukan :  Awani dan FMT



Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

MasterAdmin said...

Salam...

Betul ke berita ni? ada keluar ahkbar x?


23 August 2013 at 19:24

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved