Mendedahkan kemelut yang melanda, Rita, 37, yang ditemui sewaktu menghadiri majlis Hari Raya kakitangan New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, semalam, berkata, orang ramai yang tidak tahu hujung pangkal kisahnya bebas untuk membuat sebarang kenyataan.
Dia juga tidak kisah jika dituduh sebagai bermulut jahat apabila meluahkan rasa hati yang hanya dipendam selama ini.
Rita dan keluarga mentuanya sebelum ini memang mempunyai masaalah dan hubungannya bersama Aidil mulai retak apabila satu demi satu isu melanda rumahtangga mereka.
Dalam pada itu, Rita Rudaini turut berkongsi pengalaman sedih dirinya yang pernah dihalau oleh keluarga Aidil ketika mengandungkan anak sulung. Menurut Rita,
Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.
Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.
Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda
Aidil Zafuan akhirnya menceraikan Rita dengan talak satu menerusi sms pada bulan Ramadhan lalu dan ianya menimbulkan pertengkaran hingga melibatkan kembar Aidil iaitu Aidil Zakuan.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment