Selain kisah kecederaan dua beranak itu, ramai peminat begitu ingin tahu tentang identiti pemandu pacuan empat roda Triton yang dilaporkan terbalik beberapa kali sewaktu kejadian.
Teka-teki pemandu tersebut bagaimanapun terjawab selepas dia sendiri memuat naik keadaan keretanya yang terbabit dalam kemalangan tersebut.
Lelaki itu rupa-rupanya pelakon Syazwan Zulkifli. Syazwan bagaimanapun gagal dihubungi sebaik kemalangan terjadi dan mengambil sikap berdiam diri daripada melawan semua tohmahan negatif terhadapnya.
Ketika di temui wartawan, Syazwan berkata, "Alhamdulillah, saya okey tapi apa yang terjadi merupakan perkara yang paling menakutkan dalam hidup. Bagaimanapun, saya tidak pula berasa trauma akibat impak kemalangan tersebut."
"Pada waktu kejadian, saya hanya pentingkan keselamatan Nabila dan anaknya, Keisha, berbanding diri saya sendiri kerana saya bertanggungjawab membawa nyawa orang lain. Kini Syazwan tamil bercerita tentang kemalangan tersebut."
Menurut Syazwan lagi, ketika kemalangan mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjayakan promosi drama Jodoh Itu Milik Kita bersempena Astro Gempak di Kuantan, Pahang.
Kata beliau, "Sepatutnya kami pulang lebih awal kerana Nabila mahu menghadiri acara MTV World Stage. Perancangan kami, paling awal sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 1.30 petang.
"Namun, kami berdua mempunyai sesi bertemu peminat di sana dan ianya terlajak hingga pukul 1 petang. Bagaimanapun, kami tidak terkejar-kejar untuk pulang kerana memang sudah terlambat.
"Dalam perjalanan pulang, hujan lebat dan tidak nampak pandangan di hadapan, jadi saya tidak dapat memandu laju.
"Bagaimanapun, sewaktu melepasi Tol Karak, secara tiba-tiba kereta menjadi hilang kawalan lalu terbabas serta terlanggar pembahagi jalan dan terus terbalik beberapa kali.
"Selepas kemalangan, saya beritahu kepada Nabila jangan risau tentang kereta dan barangannya kerana saya akan uruskan perkara tersebut kelak. Apa yang penting ialah Keisha. Kami bimbang jika dia mengalami kecederaan yang serius."
"Dalam keadaan cemas sebegitu, saya tidak sempat membuat panggilan kepada sesiapa. Nasib kami baik apabila tiba-tiba ada orang yang datang membantu dan menasihatkan saya supaya menjaga barang berharga saya.
"Ketika saya sibuk menguruskan tentang kemalangan itu, saya lihat Nabila telah pergi ke hospital bersama orang yang datang membantu. Pada mulanya mereka ke Hospital Karak, namun hospital itu tutup, lantas mereka terpaksa hantar ke Hospital Bentong dan mendapat rawatan di sana.
Menurut Syazwan lagi, Apa yang paling dia risaukan ialah Keisha kerana dia masih kecil. Ada cerita yang kata tangannya patah atau sebagainya. Ada juga yang tuduh Syazwan macam-macam sebagai contoh tidak pedulikan Keisha dan lebih pentingkan kereta. Namun tambah Syazwan lagi, beliau bukanlah seorang yang tiada perasaan, tapi takkan pula dia perlu tunjukkan perasaannya itu dalam laman sosial?
Syazwan sangat kecewa dan marah dengan tuduhan yang sedemikian. Menurut beliau, "Perkara mahu terjadi, tiada siapa yang minta diri mereka terbabit dalam kemalangan."
"Mereka tidak tahu apa yang terjadi tapi sibuk memberi pelbagai komen. Jika mahu tahu, kereta saya kini berada di Mentakab, Pahang dan saya belum lagi buat apa-apa tentangnya kerana saya masih risaukan Nabila dan Keisha.
Ketika menjawab kenapa beliau gagal dihubungi selepas kejadian dan adakah beliau sengaja tidak menegur Eddie ketika di hospital,
"Saya tidak lari atau takut sama sekali. Sebaliknya, telefon bimbit saya telah hilang sewaktu kemalangan berlaku. Saya sangat terkilan kerana pada waktu kami dalam kesusahan begitu, ada yang datang dengan cara ingin membantu tetapi rupa-rupanya punya agenda mahu mencuri.
"Saya memang tidak pernah jumpa Eddie, jika saya kenal, saya pasti akan menegurnya. Saya hanya kenal pada namanya dan hanya pernah tengok dalam gambar. Saya sangat memahami keadaan Eddie, mungkin jika saya di tempatnya, saya akan bertindak demikian. Walaupun saya tidak punya anak lagi tapi saya memang faham perasaan dia.
"Sejujurnya, saya tidak salahkan dia. Saya memang betul-betul tidak perasan dia mana satu. Saya minta maaf dan selepas itu, saya ada buat panggilan kepadanya dan jelaskan serta selesaikan semuanya. Alhamdulillah, kini kami sudah berbaik.
Dalam pada itu Syazwan juga menfikan dirinya bercinta seeprti yang dituduh beberapa pihak. Tambahnya,
"Tidak, kami tidak bercinta tetapi memang hubungan kami baik. Malah, ini bukan kali pertama dia menumpang naik kereta saya, sudah banyak kali dan Alhamdulillah, tidak pernah terbabit dengan sebarang kemalangan.
"Saya rasa tiada apa-apa yang perlu diperiksa tentang diri saya. Tiada yang teruk, saya hanya risaukan Keisha."
sumber : Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment