Nampak gayanya hubungan pelakon Sharifah Sakinah dengan anak teruna produser, pengarah dan pelakon, Erma Fatima iaitu Ahmad Albab semakin rapat apabila baru-baru ini rakan SS terserempak dengan mereka berdua pada satu majlis.
SS sendiri menyenangi sikap Sakinah yang berterus-terang dan pada masa sama dia bertuah kerana Erma memahami siapa dirinya dan khabarnya tiada halangan untuk menerimanya sebagai menantu andai Sakinah dijodohkan Allah untuk anak bujangnya itu.
Erma sendiri bergelumang dalam dunia seni sejak usianya muda remaja lantas dia amat memaham rentak hidup artis dan baginya lebih penting adalah kebahagiaan anaknya.
Walaupun Sakinah agak gila-gila, tetapi SS dengar dia anak yang baik dan menghormati orang tua. Bagaimanapun, ketika rakan SS bertanya kepadanya sejauh mana hubungan mereka sekarang, apakah sudah ada cadangan untuk ke jinjang pelamin? Jelas Sakinah mereka tidak pernah berbincang lagi untuk ke arah itu kerana mereka masih muda dan ada cita-cita yang perlu dikejar.
Apapun SS harap hubungan mereka akan berkekalan apatah lagi sudah pun mendapat restu orang tua.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment