Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Orang Muda lebih Matang Kalau Berniaga - Dafi

Dafi

 Penyanyi Dafi menasihati golongan remaja agar memulakan perniagaan pada usia muda bagi menjana pendapatan lebih.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 25, berkata, golongan muda tidak perlu takut untuk terlibat dalam bisnes kerana tempoh untuk bangkit semula akan lebih cepat sekiranya mengalami kegagalan.

"Apabila berniaga pada usia muda, kalau gagal kita masih ada masa lagi untuk bangun dan kembali kukuhkan perniagaan.

"Bagaimanapun saya tidak bermaksud menjalankan perniagaan pada usia tua sudah tidak boleh. Ia semua terpulang kepada kesungguhan masing-masing," katanya kepadamStar Online.

Dalam pada itu, tambah Dafi yang kini memiliki syarikat pengurusan sendiri iaitu Laugh Out Loud Entertainment, dia juga menyifatkan golongan muda yang terlibat dalam aktiviti seumpama itu dapat mematangkan fikiran kerana mereka akan berdepan dengan pelbagai ragam manusia dalam membincangkan sesuatu perkara.

"Bagi saya berniagalah mengikut minat masing-masing kerana ia buat kita lebih seronok dalam menjana pendapatan walaupun terpaksa bekerja siang dan malam.

"Dan bagi yang masih belajar, berniaga secara sambilan juga amat bagus. Sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga berkaitan dengan kewangan. Dan pada masa sama boleh mematangkan fikiran kita.."Apa-apa pun semangat dan kerajinan mesti ada," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini merancang untuk kembali ke Indonesia bagi mengembangkan bakatnya di bidang nyanyian selepas kegagalannya dalam bidang pengacaraan di negara tersebut.
sumber : http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved