Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Lady Gaga Semakin Pelik Dan Menakutkan


Gaya esentrik penyanyi popular Lady Gaga dilaporkan semakin pelik dan menakutkan.  Penampilan terbaru penyanyi itu yang memuat naik gambarnya di laman gambar Instagram mengejutkan banyak pihak termasuk peminat fanatiknya sendiri.

Menurut akhbar Daily Mail, Gaga, 27, kelihatan seperti watak dalam filem thriller Silence of the Lambs. Gaga memuat naik gambar tersebut dengan menulis kapsyen "saya mempunyai masa yang seronok dengan topeng muka."

Penyanyi lagu Poker face itu turut menambah, "Adakah ia kelihatan seperti Margiela?" soal Gaga yang ditujukannya kepada butik fesyen Maison Martin. Terdahulu, pereka fesyen terkemuka, Margiela pada awal tahun lalu telah menutup muka model-modelnya menggunakan topeng muka kristal semasa memperagakan baju.

Bagaimanapun, rupa Gaga dalam gambar tersebut dikatakan sama seperti pembunuh kanibal bersiri dalam filem seram Silence of the Lambs yang dibintangi oleh Jodie Foster. 


sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved