Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Isu Tunjuk ANU : Saya Tak Kenal Wanita Itu - Adi Putra


Aktor kacak, Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang menegaskan dia tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya dan memberi sebab mengapa dia mendiamkan diri. Kenyataan ini diberikan oleh Adi ketika ditemui di sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sebentar tadi.

"Saya langsung tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mengapa mendiamkan diri. Mendiamkan diri tak membawa erti saya melarikan diri apabila kes ini timbul. Saya tetap muncul dalam aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang seperti sidang media produk ini, tayangan KL Gangster 2 dan sebagainya.

“Saya diamkan diri kerana kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Jika saya buka mulut, saya akan mengganggu siasatan dan kerja pihak berkuasa. Jadi, ada baiknya saya diamkan diri. Apa yang boleh saya katakan ialah saya langsung tidak kenal dengan perempuan itu," jelas Adi memulakan bicara.

"Saya tidak tahu punca kontroversi ini boleh timbul. Bagi saya, kontroversi tetap kontroversi. Saya ibaratkan perkara itu sebagai air. Jadi saya kena biarkan air itu mengalir dah saya tak boleh tahan air itu daripada mengalir. Satu hari nanti pasti ada penjelasan dan kepastian. Saya hanya boleh diamkan sahaja," kata hero drama 'Teduhan Kasih' ini lagi.

Ketika diminta mengulas adakah kontroversi yang terjadi ini merupakan satu unsur sabotaj atau fitnah terhadap dirinya, Adi menjelaskan yang dia tiada hak untuk berkata begitu.

"Saya tak boleh cakap begitu. Kalau saya cakap, sepertinya saya sudah menjatuhkan hukum. Saya tidak layak menghukum orang lain kerana saya bukan Tuhan. Lebih baik saya diam daripada berkata kerana kalau saya salah cakap nanti, lain jadinya. Saya tidak tahu kenapa nama saya boleh terkait dalam kontroversi ini, Wallahualam.

“Saya sudah terpilih untuk terlibat dalam kontroversi ini, saya hanya menerimanya sahaja. Ini merupakan dugaan paling hebat untuk saya sepanjang 32 tahun saya hidup. Ada berita yang mengatakan saya buat gangguan seksual. Kalau betullah saya buat gangguan seksual, pastinya saya sudah ditahan reman.

Saya ambil ini sebagai pengalaman dan pengajaran. Saya hanya kosongkan hati dan ingat perkara ini sebagai ujian untuk saya. Hubungan saya dengan isteri masih baik seperti biasa, keluarga kami juga tiada masalah. Saya tidak akan lari, saya tetap akan berkongsi dengan semua. Tapi memandangkan perkara ini masih lagi dalam siasatan, saya tak boleh ulas lanjut kerana saya tidak mahu langgar undang-undang. Biar pihak berkuasa jalankan siasatan," luah Adi berterus-terang.

Sementara itu, Adi juga mendedahkan yang dia sebenarnya telahpun berjaya mendapat status sebagai penduduk tetap (PR) di Malaysia.

"Saya sudah sah memegang taraf penduduk tetap (PR) di Malaysia. Tapi saya minta maaf, saya tidak boleh memberi maklumat lanjut tentang tarikh sebenar saya mendapat kerakyatan ini. Ini merupakan urusan kerajaan. Setelah 12 tahun menetap di Malaysia dan lapan tahun berkahwin dengan orang Malaysia, akhirnya saya mendapat taraf PR," ulas Adi.

Sumber : http://warisanbonda.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved