Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Inilah Nasib Bakal Guru Yang Diragut Dua Lelaki Bermotorsikal…

Bakal Guru Terjatuh Ketika Kejar Peragut
KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang bakal guru menghadiri majlis konvokesyennya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim hari ini, tidak kesampaian selepas menjadi mangsa ragut dua lelaki ketika dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Gong Badak, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari, mangsa, Nur Aisyah Rani, 23, bersama adiknya, Nur Adira, 20, yang menaiki motosikal jenis Yamaha Ego tiba-tiba dihimpit dua lelaki bermotosikal jenis Honda EX5 sebelum salah seorang daripada suspek merampas beg tangan dipegang Nur Adira.
Nur Adira berkata, mereka sekeluarga sepatutnya bertolak ke Perak semalam bagi menghadiri majlis konvokesyen kakaknya yang dipanggil Kak Long esok (hari ini), malah segala persiapan untuk ke sana sudah dibuat.
“Sepatutnya, esok (hari ini) adalah hari bermakna buat Kak Long kerana berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjan Muda Pendidikan Khas selepas empat tahun bertungkus-lumus tetapi siapa sangka, kejadian malang ini berlaku,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
Menceritakan detik kejadian, anak kedua daripada empat beradik itu berkata, ketika itu dia bersama kakaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Kemunting selepas selesai urusan di bandar sebelum bercadang singgah di sebuah pasar raya di Gong Badak untuk membeli barang.
“Semasa ingin memasuki simpang pasar raya berkenaan, Kak Long memperlahankan motosikal dan ketika itu, dua lelaki menaiki motosikal tiba-tiba muncul lalu mengambil beg tangan milik Kak Long.
“Saya sendiri tidak tahu sejak bila mereka mengekori kami kerana tiba-tiba saja muncul dari arah belakang dan mengambil beg tangan itu sebelum melarikan diri,” katanya.
Katanya, disebabkan terlalu terkejut, dia tidak sempat berbuat apa-apa tetapi sempat menjerit menyebabkan kakaknya cuba mengejar dua lelaki yang sudah memecut laju meninggalkan mereka.
“Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kami apabila Kak Long gagal mengawal motosikalnya semasa cuba mengejar peragut itu menyebabkan kami terjatuh,” kata pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan di sebuah Universiti di Tokyo, Jepun.
Berikutan kejadian itu, Nur Adira hanya mengalami luka ringan di bahagian tangan manakala kakaknya Nur Aisyah cedera di muka dan tangan masih dirawat di HSNZ, di sini.
Kedua-dua beradik itu turut mengalami kerugian tunai RM600, telefon bimbit jenama Samsung Y dan beberapa dokumen penting termasuk Mykad. – Sinar Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved