Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

CIKGU WAJIB PAKAI SELUAR DALAM!


ARKANSAS – Wajib pakai seluar dalam, Itu antara peraturan yang dilaksanakan ke atas guru-guru yang bertugas di Little Rock. Ini kerana seluar dalam dikategorikan sebagai pakaian asas.

Menurut pesuruhjaya sekolah di Little Rock, Dr Dexter Suggs, peraturan yang ditetapkan itu sesuai untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah kerana golongan guru perlu memakai medium bagi memisahkan seluar ketat dan kulit badan.

Selain pemakaian seluar dalam, guru-guru juga perlu memastikan rambut mereka kemas di samping memastikan kasut dipakai setiap waktu. Sementara baju yang memaparkan dadah, alkohol dan rokok adalah diharamkan.

Dalam surat yang dikeluarkan kepada guru-guru di daerah berkenaan, Dr. Suggs tidak menyatakan punca yang membawa kepada pelaksanaan peraturan berkenaan.

Namun beliau percaya guru-guru perlu mempunyai etika pakaian. Peraturan itu dikuatkuasa pada penghujung Ogos lalu.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved