Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Aktres Jelita Intan Ladyana Akui Sukar Lakonkan Aksi Ranjang

 
Aktres jelita, Intan Ladyana menjelaskan yang adegan berahi yang dilakonkan olehnya dengan aktor Farid Kamil merupakan salah sebuah babak yang paling sukar dilakonkan dalam filem terbarunya, ‘Dampak’, yang bakal menjengah ke pawagam pada 19 September ini.

“Babak tersebut merupakan babak yang paling sukar untuk saya lakonkan. Sepatutnya adegan itu adalah adegan watak Giran (lakonan Farid Kamil) merogol Qyra (lakonan saya). Tapi selepas berbincang dengan pengarah, adegan itu menjadi adegan yang bercampur baur. 

Antara keinginan Giran yang mahu merogol Qyra, pada masa yang sama Qyra juga dalam diam suka kepada Giran dan yang membuatkan keadaan menjadi rumit lagi adalah Giran dan Qyra mempunyai hubungan yang sangat rapat seperti adik beradik. Qyra sukakan Giran namun Qyra cemburu kerana sebenarnya Giran suka kepada Hana (Julian Evans),” cerita heroin filem ‘Adnan Sempit’ ini.

Ketika ditanya adakah dirinya sudah bersedia jikalau adegan berahi yang dia lakonkan bersama Farid dalam filem ‘Dampak’ ini akan menjadi bualan hangat dan disensasikan oleh sesetengah pihak, Intan ada jawapan tersendiri.

“Saya rasa perkara ini tidak menjadi masalah kerana babak ini sebahagian daripada jalan cerita. Lagipun, adegan ini bukan dibuat secara ‘real’, tenaga produksi menggunakan teknik kamera dalam merealisasikan babak ini,” jelas kekasih kepada pelakon Kamal Adli ini.

Mengulas mengenai cabaran lain yang dihadapinya dalam menjayakan ‘Dampak’, Intan menjelaskan dia terpaksa melakonkan aksi merokok sedangkan pada hakikatnya dia tidak gemar dengan asap rokok.

“Antara cabaran yang saya tempuhi adalah saya terpaksa merokok untuk menghidupkan watak Qyra. Realitinya, saya merupakan seorang yang tidak suka langsung dengan asap rokok, tapi saya harus mengambil cabaran ini.

Selain itu, babak pertarungan juga merupakan satu cabaran buat saya. Walaupun babak pertarungan dalam filem ini tidaklah banyak jika ingin dibandingkan dengan babak pertarungan dalam filem ‘Bini-Biniku Gangster’, tetapi babak pertarungan yang ada dalam filem ini saya harus campurkan dengan lebih beremosi untuk menjayakan watak Qyra dengan baik,” jelas Intan mengakhiri perbualan.

sumber:Gua.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved