Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Johan As’ari Bimbang Adegan Aksi Panas

Johan As'ari

Pelakon yang terkenal dengan watak-watak antagonis, Johan As’ari menyatakan kebimbangannya dengan filem terbarunya, Paku yang mengandungi beberapa adegan panas yang dilakonkannya.

Ini kerana dia bimbang dan risau sekiranya ianya menimbulkan fitnah apabila filem arahan P. Ramesh itu ditayangkan di pawagam kelak.
“Saya bimbang juga. Tapi ingin saya jelaskan yang itu hanyalah lakonan semata. Hanya ekspresi saya saja untuk menjayakan adegan itu. Saya sendiri pun minta hanya orang-orang tertentu saja yang berada dalam bilik itu sewaktu penggambaran dijalankan.
“Tapi yang pasti kami tak lakukan apa-apa yang melampaui batas. Lakonan kami juga dibantu camera trick. Saya harap ianya tidak menimbulkan fitnah nanti,” katanya yang dipetik menerusi laporan Malaysian Digest.
Paku mengandingkan Johan dengan pendatang baru Aishah Ilyas yang berkisarkan tentang seorang suami yang tidak dapat menerima kematian isterinya, lantas menggunakan ilmu hitam untuk menghidupkan kembali jasad isterinya itu.
Paku yang turut dibintangi Azad Jazmin, Diddy AF4, Kamal Adli dan Diana Johor akan ditayangkan pada 12 Disember depan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved