Tiada siapa mampu menafikan kecantikan asli yang dimiliki oleh peragawati terkenal jenama Victoria’s Secret, Miranda Kerr. Malah isteri kepada aktor Orlando Bloom ini turut mempunyai beberapa peminat yang obses dengan tubuh badannya yang kembali langsing selepas melahirkan cahaya matanya, Flynn Christopher Bloom.
Terbaru, seorang gadis dari Korea Selatan sanggup membuat pembedahan plastik semata-mata untuk menyerupai idolanya itu. Gadis itu berkata dia hanya melakukan pembedahan di bahagian mata dan hidung.
“Saya nak kelihatan seperti Miranda Kerr, jadi saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan demi merealisasikan impian tersebut,” katanya.
sumber : http://matai-kudasai.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment