Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Universiti Puteri Nora Bin Abdul Rahman


Universiti Puteri Nora Bin Abdul Rahman yang terletak di Riyadh Arab Saudi ialah universiti khas untuk wanita yang terbesar di dunia. Universiti ini dibuka pada tahun 1970 tetapi kini mempunyai kampus gergasi moden dengan keluasan lantai 1 000 000 meter persegi. 


Ianya dirasmikan oleh Raja Abdullah pada tahun 2011 dan mampu menempatkan 40 000 mahasiswi dan 12 000 tenaga pekerja. Tedapat 32 kampus , hospital 700 katil, sebuah pusat sukan, sekolah rendah dan menengah (untuk anak-anak pelajar), masjid, pusat sumber gergasi dan sistem keretapi automatik sepanjang 11.2 kilometer. 

Sistem keretapi ini menjadi sistem pengangkutan utama untuk pelajar bergerak di dalam universiti ini (wanita tidak boleh memandu di Arab Saudi). Selain itu kesemua 32 orang pekerja stesen keretapi ini juga adalah wanita. Pusat sumber gergasi universiti ini pula mampu memuatkan 4.5 juta buah buku untuk kegunaan pelajar. 

Tambah impresif 18% tenaga elektrik kampus dijana menggunakan panel solar dan menjadikan Universiti Puteri Nora universiti paling mesra alam di dunia. Pembinaan universiti ini juga pantas kerana hanya 2 tahun diperlukan untuk membangunkan kawasan seluas 8 juta meter persegi ini. 



Laporan asal Wikipedia
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved