Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Biar Betul! - Fara Fauzana Sambut Raya Dalam Hutan


Kebiasaannya orang akan beraya di kampung bersama sanak saudara dan juga kunjung mengunjungi saudara-mara dan juga rakan taulan. Tapi lain pulak cerita nya bagi seorang selebriti ini, Pengacara Nona, Fara Fauzana menyambut raya dengan cara yang berbeza.

Fara merancang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan mengumpulkan kira-kira 40 orang ahli keluarga bagi membolehkan mereka bercuti bersama ke Raub, Pahang.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia akan membawa seluruh keluarganya itu ke sebuah hutan sebagai aktiviti riadah sambil melakukan pelbagai aktiviti yang telah pun dirancangnya.

“Saya rancang membuat perjumpaan bercuti di dalam hutan pula. Selain itu, saya juga bercadang mahu menjemput kawan-kawan rapat pada aktiviti itu nanti.

“Macam-macam aktiviti boleh dilakukan pada acara itu seperti barbeku, mandi sungai, sambil makan dan minum kami boleh berborak-borak panjang bertanya khabar masing-masing.

“Mungkin kami akan bercuti beramai-ramai pada sambutan Hari Raya minggu kedua,” katanya.

Tambah anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu, aktiviti bercuti bersama keluarga sudah menjadi amalan dan perkara wajib yang harus dibuat bagi mengeratkan lagi hubungan mereka.

“Memang sejak dari dahulu lagi saya akan menjadi pengurus acara dengan memanggil seluruh keluarga untuk berkumpul dan merancang bercuti ke mana-mana setiap kali sambutan raya.

“Contohnya sebelum ini, kami pernah berkumpul di Port Dickson, Negeri Sembilan sambil menginap di sana. Malah, empat tahun lalu kami juga telah ke London (United Kingdom).

“Lebih seronok ketika itu, adik saya yang bekerja di Philadelphia (Amerika Syarikat) turut terbang ke London dan beraya bersama-sama kami di sana,” ujarnya.


via - taotauajerdotcom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved