Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Pelakon Malaysia Yang Baru Nak Naik SEKSI DAN KAKI SOSIAL (13 Gambar)

 
Memulakan tapak awal dari platform peragaan, gadis yang juga bekas pramugari syarikat Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd (Air Asia) ini Azie Yahaya atau nama sebenrnya Norazilah Yahaya mula mengukir nama dan menapak nama dalam industri hiburan negara.

Dengan kecantikan yang dimiliki, serta ketinggian yang ada, wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Azie Yahya ini nyata mampu membuatkan tetamu menoleh dua kali kepadanya. Tidak 'kayu' dan mampu memberikan pose-pose menarik dan merbahaya walaupun tidak diminta jurugambar. Semuanya dilakukan secara rela tanpa sebarang tunjuk ajar. Sebenarnya, anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini menceburi bidang peragaan sejak tujuh tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, Azie diajar untuk mempamerkan kelainan gaya dan ekspresi wajah setiap kali diberi tugasan.

Meceburi bidang lakonan

Azie kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Namun begitu, sedaya mungkin dia cuba merendah diri, dengan mendakwa kecantikan seseorang itu memang sesuatu yang cukup subjektif. Katanya, cantik pada mata seseorang, belum tentu menarik pada pandangan yang lain pula.

Apa pun ungkapannya, Hakikatnya ketinggian serta kejelitaan miliknya tidak menolak sedikit sebanyak membantu wanita dari Pantai Timur ini untuk memulakan langkah dalam dunia lakonan. Faktor fizikal tentu sekali dipandang produser mahupun pengarah, dalam memberikan seseorang pelakon watak bersesuaian. Azie tidak terkecuali apabila dilamar produser Den Wahab untuk beraksi dalam drama 13 episod yang kini dalam proses penggambaran di Kem Sungai Udang, Melaka.

Wanita berusia 28 tahun ini sekarang sedang giat mempromosikan drama komando berjudul Beret Hijau. Drama ini dicetuskan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan akan disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena sambutan Hari Tentera Julai depan. Ia turut dibintangi Iqbal Mazlan, Chomell Fana, Hasnul Rahmat, Aman Graseka, Kuswadinata, Lan Mazlan dan Hairi Anak Wayang.

Azie juga terus berharap karier seninya tidak terganggu dek cerita-cerita yang kurang menyenangkan mengenai dirinya sebelum ini yang dikatakan terlalu seksi. Apatah lagi sehingga ke hari ini, dia masih belum membuktikan kemampuan membawa watak yang boleh memberi impak kuat terhadap hasil lakonannya.
 













Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

dah cmne..ada yg ingat dia akan hidup selamanya...hmmm..


10 September 2013 at 15:15

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved